Movie Review : The Man from Nowhere

Assalamualaikum. Hai 😊

Harini aira nak review satu lagi korean movie yang aira rasa korang patut layan sekali. Aira kurang minat k-Drama yang bersemut sangat sebab movie korea lagi best kalau genre action and thriller (ni bagi aira laa). Contoh kalau k-Drama tentang penyiasat, automatik otak kita sendiri terbawa-bawa dalam cerita untuk selesaikan kes. haaa sampai gitu sekali kesannya. haha.

the man from nowhere
Title: The Man From Nowhere
Release Date: August 2010
Director: Lee Jeong-Beom
Genres: action, thriller, melodrama
Sinopsis: Cha Tae Shik (Won Bin) menjalani kehidupan sebagai seorang yang anti-sosial dengan mengendalikan sebuah kedai pajak gadai kecil. Kehidupannya selalu didatangi dengan kehadiran jirannya, So Mi (Kim Sae Ron), gadis kecil dan ibunya yang merupakan seorang penagih dadah. Apabila ibu So Mi mencuri dadah, dia dan anak perempuannya kemudian diculik. Menggunakan kemahiran yang ada pada dirinya, Tae Shik melakukan apa saja untuk menyelamatkan So Mi.

My review:
movie ni bagi aira sangat best. aira rate 9.8/10, jalan penceritaan yang menarik. kalau tengok dari awal tanpa baca sinopsis memang kurang faham sebab Tae Shik hidup lonely sangat. Then barulah tahu bila melibatkan kisah jirannya yang merupakan seorang penagih dadah. Kisah ni juga berkait rapat antara dadah dan penjualan organ manusia. macam mana para penjahat survive untuk terus hidup dengan sindiket pembuatan dan penjualan dadah. apa kaitan dengan Tae Shik? rupanya Tae Shik satu ketika dahulu bukanlah seorang yang anti-sosial, ada sebab yang membuatkan dia jadi begitu. Dan ada sebab juga dia cuba selamatkan So Mi yang di culik walaupun pada hakikatnya dia tak pernah layan kehadiran So Mi ke rumahnya. Recommended! Korang boleh tengok di SINI.

36 comments:

  1. Memang best.. Akak suka sangat filem ini..

    ReplyDelete
  2. Baca sinopsis jalan cerita best jugak tu.. Kena g layan la nanti suami xde kat rumah hahahaha baru syok layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! hahaha amboi tunggu suami x de dulu eh, ajak la dia sekali ><

      Delete
  3. Wonbin <3

    https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete
  4. mcm best. suspen. bile la boleh layan movie korea

    ReplyDelete
  5. best kan! aku dah tengok. cerita2 camni kadang buka mata kita untuk fikir yang memang ada kes macam kat luar. mmg kena hati-hati dan pantau keselamatan keluarga kita sbb dunia skrg mmg dahsyat. (lagi2 part pemerdagangan orang)

    ReplyDelete
  6. Nampak macam best jea movie nie.. nak cari la kat online...

    ReplyDelete
  7. Nampak macam best jea movie nie.. nak cari la kat online...

    ReplyDelete
  8. Like seriously? Sgt menarik..nk tahu knp dia jd antisocial

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee kena tengokkk, saje tak bagitau nak suh supen. hahaha

      Delete
  9. best ni.. kisah benar.. penjualan organ. hee

    ReplyDelete
  10. Yes boleh layan ni. Huhuuu mmg suke bebenor citer korea :)

    Singgah sini dan follow

    #BloggerPantaiTimur
    akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. kita berbezalah aira, sha suk cerita bersemut haha bila layan cerita macam ni sha mesti tertidur :p

    ReplyDelete
  12. Macam saspen ja cerita ni...
    Not bad...kena cari la utk layan

    ReplyDelete
  13. Alamak K-Movie ker sorry awak kita tak layan Korean ni hehehehe kita layan cite orang puteh jer...

    ReplyDelete
  14. macam best je cerita ni .. :).. mana nk download? hehe

    ReplyDelete
  15. Akak pernah tgok K-Drama tp citer yang mengisahkan wabak selsema burung..sentap2 jantung tengok...terus teringat akak kena H1N1 dulu...menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu citer the flu. Aira ada review jugak dekat blog ni. Memang best sangat2 kan. Hehe

      Delete
  16. macam best cerita ni...nak tengok juga. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  17. Korea selalu gak hasilkan movie2 gempak dan menarik 😍

    ReplyDelete
  18. Macam best jer cerita ni. Dah lama tak layan drama korea. Bayaha kalau layan sebab takut jebak ☺☺

    ReplyDelete
  19. Samalah minat kita hahaha but hanis layan je citer yang sweet cuna kadang jemu sebab ending dah bole agak dan kadang-kadang tu Hanis sampai skip bahagia sweet tu sebab lama sangat.citer healer pun best awak banyak elemen suspen and k2 hanis otw nak tengok hahaha

    ReplyDelete
  20. Haa lepas ni nak download tonton movie ni. Kena habiskan dulu drama skrg,banyak sangat bahah

    ReplyDelete
  21. Jarang orang tak minat drama bersemut.. salute kat U.. hehehe

    ReplyDelete
  22. Nampak gaya kena tengok jugak cerita ni. Nanti dah habis Kdrama yg tgh tgok skrg akak tgok yg ni pulak..hehehe. Naik lebam mata bersambung dari cerita ke satu cerita..hehehe

    ReplyDelete
  23. Lelaki dari entah mana!
    Tajuk dalam bahasa Melayu ini menarik tak?
    Jika dalam English bunyinya macam cerita genre misteri bila dalam BM bunyinya seperti cerita genre kelakar.

    ReplyDelete
  24. Okay next movie akak akan tonton filem ni. Suka juga filem korea, tambahan cerita spy, polis dan konflik ni. Dia punya cinematography hebat. Tak rugi tonton.

    ReplyDelete
  25. Wahh macam best. Iday memang selalu tengok movie camni dengan husband.boleh la cadangkan dekt dia nanti. Hehe

    ReplyDelete
  26. Budak kecik tu skrang dh dewasa. Dia dh berlakon beberapa xrama sebagai heroine. Heheh best cita ni kalau tgk hujung minggu.

    ReplyDelete
  27. love Korean movie. so nice right hehe

    ReplyDelete
  28. AHHH! this i must watch. hehe. cant wait to actually find some time to watch this

    ReplyDelete
  29. Saya lelaki dan mmg x suka ceta korea sbb bnyk cintan-cintun (not all, but whatever). Ada kwn share ceta ni dan mmg jatuh hati teros. A surprisingly dark action-thriller with heart and lots of manly tears. Best of all, x dak romance lgsg. Isu2 ceta ni mmg disturbingly realistic, dan rasa cam tgk dokumentari plak. Budak tu belakon x whiny lgsg walaupun watak dy bermasalah dan memang tersentuh hati sngt2. Hero plak x kebal lgsg dan fight scenes dy mmg lain sngt2. X dak flashy kung-fu cam ceta2 Hong-Kong. Brutal, ugly but efficient, mcm gaduh betol2 dlm real life kalu kita ada skill dan training cam tu. Saya mmg recommend ceta ni and as a not-fan of ceta korea, that's saying something.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)