Movie Review : THE FLU

Assalamualaikum. Hai 😊

Aira peminat K-Drama tau tetapi Aira memang tak kenal sangat nama-nama pelakon handsome atau cantik. Yang aira kenal beberapa orang je sepeti Lee Min Ho, Song Joong-Ki and Park Ji hyo. Teruk juga la ingatan bab nak ingat nama orang ni, muka familiar tapi tak ingat nama. Tapi, disebabkan hari-hari tengok K-Drama, jadi bosan sebab banyak episod. so, aira beralih kepada movie gituuu, dua jam is just nice! 

image the flu

Release Date: August 2013
Director: Kim Sung Su
Actors: Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-Ha, Yu Hae-Jin, Ma Dong-Seok, Lee Hee-Joon
Genres: action, drama, suspense
Sinopsis: Sekumpulan imigran diseludup masuk dalam kargo perkapalan dengan destinasi akhir mereka di Korea Selatan. Di dalam kargo tersebut, salah seorang pendatang adalah pembawa virus berjangkit dan membawa maut. Byung-Ki (Lee Hee-Joon) dan Byoung-Woo (Lee Sang-Yeob) memandu ke kargo perkapalan tersebut untuk melepaskan para pendatang. Mereka mendapati bahawa semua pendatang mati, kecuali seorang lelaki. Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti setiap jam oleh virus yang mematikan, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas jangkitan. Keseluruhan pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak. Ahli penyelamat Kang Ji-Koo (Jang Hyuk) adalah salah seorang yang dikuarantin. Dr. Kim In-Hae (Soo-Ae) adalah salah seorang daripada doktor yang mengesyaki virus tersebut. Wabak itu menjadi lebih khusus apabila dia mengesyaki anak perempuannya sendiri (Park Min-Ha) dijangkiti virus itu. Ahli penyelamat Kang Ji-Koo dan Dr. Kim In-Hae  bekerjasama dalam perlumbaan menentang masa untuk mencari penawar bagi virus tersebut  [credit]

My review:

Aira rate cerita ni 8/10. memang best. suspens. lagi-lagi part Ji-Koo dan Dr. Kim mencari ubat penawar bagi virus tersebut. Cara nak cari ubat tersebut adalah dengan mengambil sampel dari orang yang pertama membawa virus itu dan mengolahnya menjadi ubat untuk keselamatan masyarakat yang lain. Kalau korang tengok cerita Train to Busan dan kata best, The Flu lagi best. Boleh tengok dan nilai sendiri k 😉


18 comments:

  1. Mcm train to busan jugak ye. Bile mek nk tgk ni..

    ReplyDelete
  2. agaknya zaman akak dh berlalu sejak zaman korean drama serang msia akak tak follow... keterbatasan agaknya....

    ReplyDelete
  3. Baca sinopsia nampak macam best jer nanti nak try dowlaod la

    ReplyDelete
  4. kann!! citer nie best! yang last tu macam nak nanges part yang dia hampir-hampir nak bunuh semua org

    ReplyDelete
  5. macam best jaa ^^ banyak movie tertunggak ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh lamasuk list yang ni sekali. hehe

      Delete
  6. best ke citer ni.. nak tengok la.. hehe

    ReplyDelete
  7. Movie korea yang berperang best. Dia punya real kalah Hollywood.

    ReplyDelete
  8. Macam best jer, kategori filem drama aksi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah aksi. pokucu kena tengok sebab memang best!

      Delete
  9. Korea kalau buat cerita memang best, saya suka tengok, pelakon diaorang komited masa berlakon... nice review....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)