Kisah Melapor Diri Sebagai Guru Ganti

Assalamualaikum. Hai 😊

Hampir seminggu jugak aira tak sempat buka blog dan blogwalking, baca entry menarik dari blogger lain. cuti hujung minggu ni memang aira akan terjah la blog korang tuuu. hehe. why? sebab aira baru je melapor diri sebagai guru ganti di sekolah lama. Hari isnin aira pergi sekolah, ingatkan nak bincang-bincang dulu, taknak jadi guru ganti pun tapi nak ambil guru kelas malam je tapiiiii bila bincang, ustaz suruh juga jadi guru ganti jugak sebab ramai sangat-sangat guru yang cuti bersalin. ada yang baru bersalin, sedang tunggu 2-3 hari lagi nak bersalin, tunggu turn bulan 10,11, dan 12. hahaha serius memang ramai giler. maka, aira pun ambil je lah peluang sementara ni, ambil pengalaman mudah-mudahan nanti senang nak dapat kerja tetap, kan?

mts tm
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah (MTS)
pernah tahu tak kewujudan MTSTM? Actually MTS terletak dalam kampung, jauh dari jalan raya maybe around 1-2km. suasana memang tenang, takde bunyi bising langsung. kalau bunyi bising tu mesti sebab siren asrama. hihi. Dulu, MTS ni sekolah untuk laki dan perempuan tapi lepas aira keluar 2012, sekolah ni sepenuhnya ditukarkan kepada sekolah untuk perempuan sahaja. Bila mengajar dekat sini memang mengimbau kenangan aira yang mampu bertahan di asrama selama 5 tahun since 2008 💕

mtstm

so, sekarang aira datang menabur bakti di sekolah lama dan mengajar kelas tingkatan 1, 2 dan 5, subjek nahu soraf, tatarakyat, adab al-quran dan al-quran. hehe, ye bukan cikgu biasa tapi ustazah gittewww. doakan lah aira ni, memang nervous la masuk kelas diorang sebab beza umur tak jauh sangat.. lagi-lagi aira ni bekas pelajar situ, memang awkward sangat. lagi awkward bila dengan guru-guru lama aira. iya lah, dulu diorang yang cubit-cubit kita tapi sekarang duduk satu bilik guru pulak bergosip. hahaha 😂

Aira stay dekat asrama jugak sebab nak ulang-alik jauh sangat. hujung minggu aira balik rumah. ada benda yang buat aira stress iaitu dekat sini takde line Digi, bukan line slow tapi memang no service terussss. memang merana jugak 2-3 hari takleh main fon. so, aira minta tolong kawan belikan simkad sementara untuk kegunaan 2 bulan ni sahaja. haha. nasib lahhh, sebab tu aira takleh nak buka blog sangat. sabar je lah. Don't worry, aira memang akan blogwalking jugak sebab tu hobi. hehe.

doakan aira di sini ye!

9 comments:

  1. wahhh jadi ustazah bagu2 aira.. selamatbertugas sebagai cikgu aira

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustazah Aira..semoga terus maju jaya yea aira..

    ReplyDelete
  3. Cik Renex pernah jadi guru gnti 2bulan. Kat sekolah lama jugak. Seronokk rase kan

    ReplyDelete
  4. wow bestnya dapat sebarkan ilmu. Jadi cikgu ni best sebab makin ingat & dapat pahala mengalir macam air. Good luck aira!

    ReplyDelete
  5. bestnya jadi cikgu..gee pernah jadi guru ganti..sempat dalam 3 sekolah..pengalaman yang sangat best!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Tahniah selamat berkhidmat. InsyaAllah moga semua dipermudahkan =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)