Jom Dapatkan Face Mask Murah

Assalamualaikum. Hai 😊

Mesti semua orang tahu face mask tu apa kan? Face Mask bukan untuk wanita sahaja tapi lelaki pun boleh pakai tau. semalam aira masuk Guardian dan jenguk-jenguk section mask, eh ada muka Song Joong-ki! Amboi jadi duta face mask pulak dia. hehe. Selain jenguk Guardian dan Watsons, aira jenguk juga dekat SaSa. Biasanya aira kalau masuk SaSa pusing area depan je tapi kali ni aira pusing satu kedai 😂 Yang bestnya is bila aira jumpa facial mask dekat SaSa, 10 keping RM19.90 SAHAJA! Aira macam tak percaya and double confirm lagi dengan cashier kat situ. haha. So, apa tunggu lagi? Terus pilih yang mana berkenan di hati.


so, ini lah seploh keping yang aira beli tu! Pelbagai pilihan, warna dan fungsi yang berbeza. Green Tea, Cucumber, Carrot, Herb,Hyaluronic Acid, Acaiberry dan lain-lain, semuanya made in Korea. Kalau korang nak tahu, facial mask dari Korea memang best, aira pernah cuba brand Snail (yang berjaya dikumpulkan ketika di Myeong-dong street 😆), memang smooth je lepas pakai.


Aira rasa, promosi ini untuk penghabisan stok di SaSa Mesra Mall sebab harga asal masing-masing RM6.90 sekeping. So, korang mungkin boleh pergi ke SaSa yang berdekatan dan jenguk-jenguk juga ada tak promosi ni. Btw, aira nak share cara pakai mask yang betul (sebab sebelum ni aira salah pakai 😂):

1. cuci muka dulu
2. Scrub (kalau rajin, sebelum scrub boleh steam dulu muka)
3. Pakai face mask selama 15-20 minit
4. Then boleh buka dan usap-usap muka kita untuk penyerapan yang lebih baik
5. pakai moisturizer dan siap!

Aira dah cuba face mask green tea dan sangat best, wangi dan smooth! kalau aira buat giveaway mask ada yang nak join tak? 😘




18 comments:

  1. banyaknya mask dia hahaha sha pun suka mask ni. pleaseeee buat giveawayyyy hehe

    ReplyDelete
  2. Bestkan pakai mask..sllu gak share ngn housemate beli..Buat la Aira sy on je..hehe

    ReplyDelete
  3. aku pun suka juga pakai mask, tapi tahun je tak pakai sebab tak sempat nak beli.
    feeling dia lepas pakai tu memang peehhh.. tidak dapat digambarkan. bergaya seolah tengok shoot iklan mask. (acah-acah kulit sihat, anjal gitu)

    menarik ni, kena serbu sebelum habis stok!

    ReplyDelete
  4. lamenya tak pergi mesra mall. bestkan dapat facemask bnyk cam ni. tp mek tkde mase dah haa nk tepek benda ni kat muka.

    ReplyDelete
  5. Akak suka mask...bestnya banyak2..meh bagi akak skit

    ReplyDelete
  6. byknye mask.. Kite x rajin nk pakai mask.. ekeke.. btw kite dh follow sini.. #bloggerpantaitimur

    ReplyDelete
  7. Murah. Tak sampai dua ringgit se keping.

    ReplyDelete
  8. byknya mask..rabia tak pakai pun mask.. hehe

    ReplyDelete
  9. mlm2 kena rajin tempek ni... pemalas cam akak ni buat sekali dua jer... huhu

    ReplyDelete
  10. menarik ni aira.
    kalau la aida lebih rajin masuk sasa ha ha ha ha :)
    now aida tgh pk pk nak beli mask MK.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)