Cara Mudah Dari UKM ke KLIA/KLIA2

Asslamualaikum. Hai 😊

selamat datang pelajar baru ke UKM! aira tengah tunggu masa untuk konvo sekarang ni. selama tiga tahun di UKM, antara tempat yang wajib aira pergi menjelang cuti semester ialah KLIA/KLIA2 (sebenarnya kalau bukan cuti semester pun jejak juga, homesick punya pasal), balik kelantan je pun, bukan sabah mahupun sarawak 😂 so sekarang mesti ada yang tercari-cari macam mana nak ke KLIA/KLIA2 dengan harga yang berpatutan kan? ok, aira akan senaraikan beberapa cara tau supaya senang nanti korang nak ke sana.

1. UKM - KTM UKM - KTM Nilai - KLIA/KLIA2

Of course kalau pelajar UKM tahu, nak ke KTM UKM secara percuma, naik saja bas zon 6. Harga tiket KTM UKM ke KTM Nilai ialah RM3.40. Then dekat Nilai, naik bas Airport Liner dengan harga RM3.00 ke KLIA dan RM4.00 ke KLIA2. Bas akan tiba di terminal Nilai setiap 20 minit. So, total harga RM6.40-RM7.40.

p/s: Masa yang diambil untuk route ni aira tak sure sebab aira tak pernah guna cara ni. Faktor tak pernah guna cara ni ialah aira baru tahu waktu habis semester akhir. haha. hambar betul. itu pun kawan yang terangkan. apapun, cara ni paling murah dan mudah. Harga yang dinyatakan aira ambil dari info di SINI.

2. UKM - KTM UKM - BANDAR TASIK SELATAN (TBS) - KLIA/KLIA2 (JETBUS)

Sekali lagi, dari UKM ambil bas zon 6, percuma. Dari KTM UKM - TBS, harga tiket RM3.70 (+-30 minit). Sampai di TBS, beratur je di mana-mana kaunter dan beli tiket ke KLIA/KLIA2. harga yang aira naik dua bulan lepas ialah RM11.00. Perjalanan dari TBS ke KLIA/KLIA2 adalah satu jam. So, total harga RM 14.70 mengambil masa 2 jam (termasuk perjalan bas zon 6).

p/s: cara ni memang aira fasih sebab selalu buat. haha. Tapi sebenarnya aira tak berani sangat naik atau turun bas dekat KLIA sebab terminal agak gelap dan sempit walaupun ramai orang. KLIA2 no problem! sangat luas dan selesa. kalau aira beli tiket MAS, aira akan guna cara lain untuk sampai KLIA. hehe.

3. UKM - KTM UKM - BANDAR TASIK SELATAN (TBS) - KLIA/KLIA2 (ERL KLIA TRANSIT)

ERL

Dari UKM ambil bas zon 6, percuma. Dari KTM UKM - TBS, harga tiket RM3.70 (+-30 minit). Sampai di TBS, cari terminal KLIA Ekspres/KLIA Transit dan beli tiket. Harga tiket yang ditunjukkan di website KLIA, RM 38.40 (32 minit). Aira rasa sekarang macam lagi mahal dari ni tapi entah lah. Yang pasti bukan lagi murah. So total harga RM 42.10 mengambil masa 1 jam 30 minit (termasuk perjalanan bas zon 6).

p/s: waktu aira awal tahun satu, harga tiket 20 lebih je, siap boleh guna kad siswa untuk diskaun tapi tiba-tiba naik mendadak masa aira tahun dua rasanya dan tak boleh guna kad siswa. sejak dari tu memang tolak tepi saja KLIA transit ni 😂 Tapi kalau korang ada duit lebih pastu nak feeling naik ERL, dipersilakan saja 😝

4. UKM - KLIA/KLIA2 (TRANSPORTER/PREBET/JOM TUMPANG)

Kalau cara ni, korang kena pandai cari yang harga berpatutan ye. Biasanya bermula dari harga RM35-RM60. Bayaran kadang-kadang per head tapi mostly mengikut sebuah kenderaan (contohnya RM40 bahagi 4 orang). Perjalanan masa dalam 30-45 minit (tengok keadaan, kadang-kadang driver bawa jalan tanpa tol dan kadang-kadang jalan highway).

p/s: cara ni memang aira amalkan selalu. senang, mudah dan cepat. Tak payah risau tentang masa, nak terkejar departure ke ape. hehe. Aira memang ada favorite transporter, RM35/head sebab aira tak pernah balik dengan kawan so memang takleh nak share fare.

5. KAWAN HANTAR

Cara ni pun pernah buat juga. Time rushing atau beli tiket flight last minute atau transporter not available. Call kawan yang baik-baik sikit. hihi. BUT, of course lah bayar! walaupun tu kawan kita, tetap kena bayar at least lepas duit minyak dia. Aira rasanya pernah bagi dekat kawan RM20 camtu, rasanya lah. hehe. Tapi, Aira pernah je naik free sebab orang tu tak bagi bayar. hehe. syukur, moga-moga murah rezeki orang tu. Ameen.

Itu saja. Aira harap post kali ni membantu korang nak ke KLIA/KLIA2. Sebelum ni tahun 2014, Aira ada share Cara dari UKM ke SZB (Subang Airport) and memang ramai rupanya yang mencari cara nak ke sana. Aira sejak naik tahun 2 dulu memang dah tak jenguk SZB sebab tiket flight Fireflyz mahal ya ampun 😂

Have a nice day!

2 comments:

  1. wuuuu.. akak mithali!!! hehehe..
    nice! sangat membantu adik macam saya ni.

    (psss.. ada satu lagi, dari ukm ke putrajaya central, pc naik klia transit dlm rm9.40 utk klia2, kalau klia x pasti brape. utk ke putrajaya central bleh naik uber,kawan hntr, teksi. bas tak pasti ada ke tak tpi rasanya ada

    ReplyDelete
  2. aira dah grad? alhamdulillah.
    aida br jer daftar 4.9 ari tu hi hi hi :)
    wish me luck.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)