Berkesan ke Produk Skin Care Mary Kay?

Assalamualaikum. hai korang 😊

Harini aira nak cerita-cerita sikit tentang produk penjagaan muka. well, perempuan kalau bab ni memang sebolehnya nak yang terbaik sebab nak nampak cantik di depan cermin (ini aira πŸ˜‚). kalau yang dah bersuami mesti nak nampak cantik  di mata encik somi kan? hihi. tapi sebenarnya kita kena aim kulit muka sihat, bukan cantik semata-mata, "Skin first then make up" k!

Disebabkan semua orang nak cantik, maka timbullah pelbagai produk kecantikan dari dalam mahupun luar negara. memang takkan sempat nak follow up satu-satu. benda yang kita follow up biasanya sebab ramai yang review kata produk ni best, itu tak best. produk ini cepat memberi kesan, produk ini lambat sangat nak berkesan ataupun kadang-kadang tak memberi kesan langsung. selagi tak jumpa produk yang kita berpuas hati, selagi itu lah kita mencari tapi kadang-kadang kita dah jumpa yang elok dengan kulit muka kita tapi saja gatal-gatal nak tukar, try yang lain (ni memang perangai aira ish ish ish).. ada tak yang sama perangai macam ni? πŸ˜†

Aira dah banyak sangat cuba skincare, daripada yang murah kepada yang agak pricey. daripada safi kepada SKII, daripada Cetaphil kepada Mary Kay haha memang banyak betul habiskan duit. ye lah sebab kulit muka aira tak normal macam orang normal, its combination skin, ada lah jerawat halus-halus gitu. sobsob (it's ok, masih bersyukur sebab bukan tahap breakout yang tak boleh dikawal tu, kadang-kadang kawan ada je cakap bukan teruk pun jerawat pasir ni, normal jee). banyak-banyak produk yang aira try, memang takde yang merosakkan atau menghakis kulit sebab aira memang berhati-hati dengan ingredients.

So, tahun lepas aira diperkenalkan dengan produk Mary Kay Botanical Effect, 100% bahan organik dan aira memang menggunakannya hampir 6 bulan (satu set). MEMANG SUPER JIMAT! Lepas je habis, aira tak continue sebab takde duit hahaha lols so aira pakai ape entah sehinggalah bulan 9 ni aira ambil keputusan untuk pakai balik sebab memang yakin yang Mary Kay is better walaupun kesan memang sangat lambat. seriously, lambat. lambat ya amat. Cuma walaupun lambat, kita boleh rasa confident pakai dengan kandungan bahan semulajadi yang ada di dalamnya. Walaupun agak mahal tapi affordable kot kalau tahan sampai 6 bulan, kan?

set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
from left; cleanse, freshen, mask, hydrate
Aira menggunakan Mary Kay set Botanical Effect formula 2 iaitu dikhususkan kepada mereka yang jenis kulit muka combination. kalau korang tak sure jenis kulit muka korang, cuba tadah muka dekat beauty consultant (BC) MK, dia akan bagitau dan mula suggest formula MK yang mana sesuai untuk kita. Ada 4 jenis penjagaan muka dari MK formula 2 seperti gambar di atas iaitu cleanse, freshen, hydrate dan mask. Aira akan terangkan sikit mana yang perlu didahulukan dan lain-lain ye..

tekstur Mary Kay, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
tekstur dari atas cleanse, mask, hydrate
step yang pertama adalah cuci muka dengan cleanser, 2 kali sehari. calit lebih kurang 2 inci ke seluruh wajah dan gosok sehingga rasa bersih. kenapa sehingga rasa bersih? sebabnya cleanse MK tidak berbuih, langsung tidak berbuih ok. selalunya kalau tak berbuih mesti kurang yakin bersih ke tidak, kan? tapi hakikatnya produk yang mempunyai bahan organik memang gitu, cetaphil gentle clenaser pun tak berbuih tak kira berapa banyak air yang korang letak. hehehe.. so, jangan risau dan gosok saje muka tu. 

mask f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
mask
keadaan mask aira, kempis benarrr.. ini mask yang first aira beli MK last year, tak habis lagi. ok so, step kedua ialah apply mask (hanya 3x seminggu sahaja, if not boleh skip step ni), mask yang ni ialah scrub tau. pakai dan tunggu 15 minit atau separa kering. Then, boleh bilas. Tekstur nya senang untuk apply dan bila bilas memang best sangat rasa muka ni. tegang kembali muka yang berkedut-kedut hahaha. Not irrates my skin at all. love!

freshen f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay

step ketiga ialah freshen atau dikenali juga sebagai toner. sembur 2-3 kali toner ke facial cotton/kapas muka dan sapu-sapu untuk tanggalkan sisa yang ada. Sesetengah orang kata, toner sebenarnya bukan komponen utama dalam penjagaan kulit muka seharian tetapi hanya sebagai tambahan sahaja. its depend on us nak pakai ke tak, mana yang selesa untuk kita.

hydrate f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
hydrate 
step terakhir adalah hydrate, juga dikenali sebagai moisturizer. Aira dulu-dulu sangat tidak suka moisturizer sebab aira rasa bila pakai, ia akan me'minyak'kan lagi kulit muka. haha. tapi hakikatnya, moisturizer sangat penting kepada semua orang tak kira apa jenis kulit muka sekalipun sebab ianya berfungsi untuk menyeimbangkan keadaan kulit kita. moisturizer MK just nice, ringan dan pastikan ambil dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak untuk mengelakkan terlebih dos πŸ˜›

Overall, Mary Kay memberi kesan yang positif bagi kulit muka aira, tak mengeringkan kulit tapi menyeimbangkan antara keduanya gittew.. kalau tak positif, aira takkan beli untuk kali kedua right? Apepun, post ni bukan review berbayar untuk aira berkata-kata manis hihi tapi ini adalah pengalaman aira sendiri. kalau korang nak cuba, boleh cari Beauty Consultant Mary Kay, dekat instagram ramai jugak aira tengok. 
that's all, have a nice day guys!






35 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. RAmai kawan biha guna produk ni. diaorang ckp bagus sgt.

    ReplyDelete
  3. ramai jugak kwn2 yg guna MK, tapi agak pricey kan..

    ReplyDelete
  4. Wishlist !! Dgr MK no bagus gak sbb kengkawan dok consume. Tgu gaji la gini....

    ReplyDelete
  5. sa pun minat produk swmulajadi mcm ni.. biar lambta, janji kulit sihat

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis nk cuba free je :)boleh pm sy 0167478580 (mza)....

      Delete
  8. Tu lah..yg penting kena sesuai dengan muka. Tak pernah cuba MK. Biasa produk yang baik tu mmg lama nak tunjuk hasil.kena sabarlah kan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis nk cuba free je :)boleh pm sy 0167478580 (mza)....

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. bagus MK ni, skang mmg femes wlupun mahal skit tp berbaloi... moisturizer nya pun ok...

    ReplyDelete
  14. nak try jugak la skincare marykay ni, tq sharing kesan mary kay ni..

    ReplyDelete
  15. Femes produk Mary Kay ni. Teringin jugak nak pakai ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. antara pencuci muka mary kay dgn cetaphil mana lagi ok? mohon pendapat tq :)

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)