Berbaloi ke beli Bread Maker?

Assalamualaikum. Hai 😊

selamat berhujung minggu semua! cuti ni memang seronok tapi kalau cuti macam aira yang menanam anggur ni tak berapa seronok sangat. haha bosan. tapi kira okey lah, ada benda yang boleh buat which is menguli roti. itu je kemahiran dan keseronokan yang boleh dirasai 😂

seminggu sebelum raya, kakak aira pergi Tesco dan dia tanya nak ke Bread Maker (BM)? Murah ni, tengah sale. Dan sebenarnya teragak-agak nak ke tak sebab takde duit. lol. maka kakak sulung mencelah, dia suruh beli je. dia belanja! Dan akhirnya BM ni dibelanja oleh dua orang kakak untuk seorang adik ini. bersyukurnya, terima kasih sisters. hihi.

Bread Maker Tesco

saiz Bread Maker

fungsi bread maker

BM Tesco ni antara kategori BM yang murah sebenarnya. Aira sebelum ni pernah je usyar BM dekat Lazada. Harga BM paling mahal pernah tengok RM3452. mahal kan? kalau Noxxa RM1080.00. sebab mahal ni salah satunya adalah saiz. saiz yang besar seperti oven dan ada fungsi oven juga. Aira memang tak berniat nak beli yang mahal sebab oven dekat rumah pun dah ada. Cukuplah beli BM Tesco yang berharga  RM199.00 ni. Ada 12 fungsi iaitu Basic (Roti bantal), French (Roti Perancis), Whole wheat, Quick, Sweet, Gluten free, Ultra fast, Dough, Jam, Cake, Sandwich, Bake.

Mengikut pengalaman aira, memang benar kita boleh buat kek sebab ada fungsi membakar pada BM ni tetapi takkan nak bakar kek dalam bentuk petak macam roti gardenia tu? takcantik la kan.. setakat ni aira guna dua fungsi je. Basic dan Dough. Very easy, campak-campak bahan dan dia ada timing tersendiri. so bolehlah korang nak tidur dulu sebelum ready nak membentuk roti bagi doh. kalau set untuk Basic, korang campak je bahan, selepas tiga jam roti ala-ala gardenia siap!

bread maker user guide

resepi roti

Dalam kotak BM ni menyediakan buku panduan bagi kemudahan pengguna. Aira pernah cuba buat roti Basic dengan resepi percuma ni. Hasilnya? Ya Ampun, menyesal buat sebab tak boleh beza itu roti ke kek? hahaha tekstur pelik sangat, apatah lagi rasa. maka, roti kek itu disedekahkan kepada ikan di air terjun (kebetulan pergi picnic haritu). Start dari tu, memang taknak guna dah resepi ni. guna resepi yang belajar je. hehe.

Jadi, berbaloi ke beli BM ni? Pada pandangan peribadi aira, kalau setakat nak uli doh, cukup guna mixer je (atau kalau rajin boleh uli tangan je, hihi). Tapi, kalau nak buat roti bantal, memang berbaloi beli BM. Senang sangat! Moga bermanfaat ye 😁


4 comments:

  1. Buat roti bakar guna BM ni pun boleh..

    ReplyDelete
  2. Bestnya!! Nie yang tak sabar nak makan roti buatan zue. huhu..

    zue, aku rasa yang goshop dan cjwowshop murah jgk. bawah rm500 kalau tak silap aku.
    Apapun, kesedapan tu bukan bergantung kepada kecanggihan peralatan tapi pada kesenian buatan pembuatan.

    ReplyDelete
  3. pada aida berbaloi, aira.
    sebab boleh buat roti gardenia sendiri.
    mcm aida, ada mixer jer. sebab tu tak beli bread maker.
    kalau beli roti gardenia, yg besar tu 2 ari abis.
    anak2 dah besar.
    kalau buat? memang berbaloi.
    tak perlu ckp roti yg lain-lain, roti gardenia tu pun dah kira berbaloi sgt :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)