Assalamualaikum. Hai 😊
Aira tengah mood rindu nak travel ni. tolong!!! dah berapa kali ajak mak, pergi dalam negara pun jadi lah. Sabah pun lawa apa, dua tahun lepas pergi Sabah, banyak lagi tempat yang belum jejak. Boleh tengok SINI untuk Sabah Trip aira. Tapi kali ni bukan nak cerita tentang Sabah tapi Korea. Kalau korang ada follow cerita aira, bulan 3 haritu aira ke Seoul, Korea dengan kawan-kawan [lawatan sambil belajar gittew] So, post kali ni aira nak klasifikasikan apa yang best di Korea?
1. BEAUTY OUTLETS
Tempat yang paling best bagi mereka yang bergelar wanita/perempuan. Cuba beritahu aira siapa yang tak suka barang-barang kecantikan? Mungkin ada tapi sebilangan kecil je kot kan? sebab perempuan dan kecantikan berpisah tiada 😁. Korea antara negara yang banyak mengeluarkan produk kecantikan samada skin care mahupun make-up. And for sure, dekat Korea banyak beauty outlet. Myeong-dong adalah pusat outlet yang menempatkan deretan kedai dari pelbagai jenama seperti Etude House, Nature Republic, The Face Shop, The Body Shop, Tony Moly, Skin Food, Innisfree dan banyaaakkk lagi! Setiap jenama ada beberapa kedai dekat situ, kadang-kadang selang 7-8 kedai je. Apa yang best, setiap kali masuk beatu outlet ni mereka akan berikan sekeping facial mask for free! For free guys, memang tak shopping facial mask pun haritu, kumpul yang free je 😂. Seriously, memang awesome sangat dekat Myeong-dong ni. Jangan lepaskan peluang anda bila sampai Korea okey?
2. STREET FOOD
Korea juga terkenal dengan street food yang sedap. Bagi non-muslim, jangan risau sebab ada je street food yang halal. contohnya, cumi-cumi bakar (sotong), fish cake, hottoek (sejenis kuih) dan beberapa nama yang tidak dapat diingati 😂. Street food juga banyak didapati di Myeong-dong tapi tempat lain pun ada, macam street ala-ala pasar malam dekat Insadong. Kalau nak tahu halal atau tak, korang boleh tanya tour guide korang. Dari segi harga, agak pricey la kalau convert ke Malaysia (so jangan convert ok 😜).
3. BANANA UYU
Benda lain yang famous dan best dekat Korea is Banana Uyu. Banana Uyu ialah sejenis susu perisa pisang. Harga mengikut tempat tapi biasanya 1000-1200won. Sebenarnya susu ni ada pelbagai perisa, strawberry, coffee, melon tapi yang famous tetap banana mungkin sebab rasa memang best dan unik. Ni wajib korang cuba bila dekat sana. Kalau dekat Malaysia pun ada jual di sesetengah pasaraya terpilih tapi harga memang mahal sikit dan packaging pun tak secomel di Korea. hihi.
that's all guys! ada semangat tak nak ke Korea selepas baca ni? hihi 😆
Nak kumpul duit pi Korea nanti.
ReplyDeleteye kumpul abe kie, bawak family jalan2 :)
DeleteSalah satu tempat idaman nak pergi... entah bila dapat pergi...huhu...
ReplyDeleteada rezeki lebih nanti boleh pergi juga^^
Deletebestnyaaaaaaa.. rasa mcm dah kat Korea SA ni sambil baca
ReplyDeletewow sampai ehhh. hihi
Deletewahhh bestnya dapat pergi korea
ReplyDeletebest best :)
DeleteTk ajin sapa lg d korea. Mahallll ! Tk thu bilo bleh sapa. Bnna uyu tu mmg mek trliur
ReplyDeletemek keno try tu banana uyu. meme sedakk, balik klate pun sero nok lagi. hehe
Deletewaaa..bestnye ke korea...
ReplyDeletebest best :D
Deletetak pernah p korea... blh rasa best kan aira...
ReplyDeletein shaa Allah ada rezeki kak sheila pulak jejak ke sana :)
DeleteKorea salah satu list negara yang nak pergi. Macam best je tempat2 semua ni.
ReplyDeleteyaa, masukkan dalam list tau! memang best :D
DeleteSeronoknye awak dpt pegi Korea!
ReplyDeleteOwh, adik sy mmg gila dgn product2 Etude House, hihi...
produk EH banyak juga yang best :D
Deletekena buat tabung pergi korea ni!!bestnyaaaa...
ReplyDeleteayuhlah menabung. hehe
DeleteHalahaiiii rindu nya koreaa
ReplyDeletehehe best kan :D
DeleteDah 3thn saya tak pergi Korea sometimes miss juga makanan, beauty products kat sana yang penting boleh jer shop shop around
ReplyDelete