September 29, 2017

Kisah Melapor Diri Sebagai Guru Ganti

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Hampir seminggu jugak aira tak sempat buka blog dan blogwalking, baca entry menarik dari blogger lain. cuti hujung minggu ni memang aira akan terjah la blog korang tuuu. hehe. why? sebab aira baru je melapor diri sebagai guru ganti di sekolah lama. Hari isnin aira pergi sekolah, ingatkan nak bincang-bincang dulu, taknak jadi guru ganti pun tapi nak ambil guru kelas malam je tapiiiii bila bincang, ustaz suruh juga jadi guru ganti jugak sebab ramai sangat-sangat guru yang cuti bersalin. ada yang baru bersalin, sedang tunggu 2-3 hari lagi nak bersalin, tunggu turn bulan 10,11, dan 12. hahaha serius memang ramai giler. maka, aira pun ambil je lah peluang sementara ni, ambil pengalaman mudah-mudahan nanti senang nak dapat kerja tetap, kan?

mts tm
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah (MTS)
pernah tahu tak kewujudan MTSTM? Actually MTS terletak dalam kampung, jauh dari jalan raya maybe around 1-2km. suasana memang tenang, takde bunyi bising langsung. kalau bunyi bising tu mesti sebab siren asrama. hihi. Dulu, MTS ni sekolah untuk laki dan perempuan tapi lepas aira keluar 2012, sekolah ni sepenuhnya ditukarkan kepada sekolah untuk perempuan sahaja. Bila mengajar dekat sini memang mengimbau kenangan aira yang mampu bertahan di asrama selama 5 tahun since 2008 ๐Ÿ’•

mtstm

so, sekarang aira datang menabur bakti di sekolah lama dan mengajar kelas tingkatan 1, 2 dan 5, subjek nahu soraf, tatarakyat, adab al-quran dan al-quran. hehe, ye bukan cikgu biasa tapi ustazah gittewww. doakan lah aira ni, memang nervous la masuk kelas diorang sebab beza umur tak jauh sangat.. lagi-lagi aira ni bekas pelajar situ, memang awkward sangat. lagi awkward bila dengan guru-guru lama aira. iya lah, dulu diorang yang cubit-cubit kita tapi sekarang duduk satu bilik guru pulak bergosip. hahaha ๐Ÿ˜‚

Aira stay dekat asrama jugak sebab nak ulang-alik jauh sangat. hujung minggu aira balik rumah. ada benda yang buat aira stress iaitu dekat sini takde line Digi, bukan line slow tapi memang no service terussss. memang merana jugak 2-3 hari takleh main fon. so, aira minta tolong kawan belikan simkad sementara untuk kegunaan 2 bulan ni sahaja. haha. nasib lahhh, sebab tu aira takleh nak buka blog sangat. sabar je lah. Don't worry, aira memang akan blogwalking jugak sebab tu hobi. hehe.

doakan aira di sini ye!
September 26, 2017

Pengalaman di Zoo Mini Kemaman

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Harini aira nak bercerita sikit pengalaman di Mini Zoo Kemaman, Terengganu. sebenarnya aira tak pernah pergi zoo. tak pernah ok, zoo negara mahupun zoo taiping dan lain-lain. macam kelakar juga bila umur 22 tahun excited nak jejak zoo jumpa binatang-binatang. hahaha. so, minggu lepas sempena tamat exam UPSR anak buah aira, kitorang pergi Zoo Mini di Kemaman. Awalnya duk terfikir ada apa la di zoo mini ni? risau je kalau pergi ada binatang seciput je.. terus aira google dan jenguk-jenguk sikit waktu buka dan haiwan apa yang ada ๐Ÿ˜‚

pengalaman di zoo kemaman
main enrance
waktu operasi ialah dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. aira and family sampai pukul 9 lebih dan takde sebijik kereta pun! haha ingatkan tak buka tauu, nak parking kereta pun rasa insecure. dua minit lepas tu datang satu kereta viva, parking sebelah kereta kitorang. ternyata dia pun teragak-agak zoo ni bukak ke tak. so, kami jalan sama-sama masuk ke zoo, memang time tu ada kami dua family dan orang-orang yang bertugas di situ je. Tapi, macam tak sangka pulak pukul 10 lebih camtu terus ramai tau! memang meriah jugak lah, mungkin kami terlebih awal. hehe.

pengalaman di zoo kemaman
pas masuk zoo kemaman
bayaran tiket bagi dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7.

pengalaman di zoo kemaman

pengalaman di zoo kemaman
harimau

pengalaman di zoo kemaman
ungka

pengalaman di zoo kemaman
gajah

 zoo kemaman
birds

zoo kemaman
burung merak
Zoo kemaman ni tak lah luas sangat, tak sempat berpeluh la jalan-jalan tu. binatang pun tak banyak jugak, tapi boleh lah.. dah namanya zoo mini kan? yang ada ialah harimau sepasang, gajah ibu dan anak, orang utan sepasang, rusa banyak pasang (haha tapi aira tak snap gambar sebab depan rumah aira ni orang pelihara rusa jugak ๐Ÿ˜‚), ungka putih (yang ni macam kesian sebab takde kawan, sekor dia je huhu), orang utan, ular sawa, ular tedung, ular sawa albino, kura-kura, buaya ada 4 ekor, burung merak (paling banyak) dan macam-macam jenis burung yang lain lagi.

so, aira dekat sini hampir 2 jam. just nice la daripada bosan sangat dekat rumah tu. sekali-sekala jumpa binatang, mesti mereka gembira kan? haha.



September 25, 2017

Cara Mudah Berkomukasi dengan Digi Helpline

by , in
Assalamualaikum. hai korang! ๐Ÿ˜Š

apa khabar harini? aira harap semua sihat dan baik-baik je ye.. korang pernah tak mengalami masalah bekenaan dengan syarikat telco? mesti pernah kan, mesti pernah ada soalan-soalan yang nak ditanya tapi malas nak call hotline centre. kadang-kadang malas nak call sebab kena dengar dengan teliti dulu pastu kena press number itu ini pastu semua tu memakan masa untuk sampai ke perkhidmatan pelanggan. right? so, kelmarin aira pun ada juga beberapa persoalan tapi lupa nak tanya waktu pergi digi centre. bila balik aira cari di contact us, ada live chat rupanya, why not kalau cuba..


so, how it works? conversation akan dimulakan selepas kita melakukan pengesahan nombor hp yang digunakan. dalam masa lebih kurang dua minit, akan ada pegawai perkhidmatan pelanggan yang menyapa kita dengan memperkenalkan diri dan ayat biasa seperti "ada apa-apa yang boleh saya bantu?" haaa gituu. hehe



maka tanyalah segala persoalan yang lupa ditanya di Digi store Kota Bharu. its about unlimited internet yang berharga RM150/month. my brother dah buat melalui online tapi tak valid. kenapa pilih postpaid Digi di rumah instead of TM wifi, Unifi, Maxis,Yes dan lain-lain? Sebenarnya semua tu tak berfungsi di area rumah aira, takde line. hm sadisss. macam aira tinggal di gua jeee! tapi nak buat macam mana lagi kan, bukan boleh paksa mereka pasang line kat rumah pun. moga nanti kalau dah ramai yang report, mereka akan pasangkan TM or ape-ape yang lebih baik. huhu. So, back to the topic, Digi Live Chat sangat mudah, seriously. kalau korang ada hal tak boleh reply chat dia cepat-cepat, dia tak marah pun cuma dia akan keluar notis yang chat itu akan tamat dalam masa dua minit. But still kalau tamat dan masih perlukan bantuan, boleh je reply chat tu. senang kan? korang pernah guna tak macam ni?






September 24, 2017

Berkesan ke Produk Skin Care Mary Kay?

by , in
Assalamualaikum. hai korang ๐Ÿ˜Š

Harini aira nak cerita-cerita sikit tentang produk penjagaan muka. well, perempuan kalau bab ni memang sebolehnya nak yang terbaik sebab nak nampak cantik di depan cermin (ini aira ๐Ÿ˜‚). kalau yang dah bersuami mesti nak nampak cantik  di mata encik somi kan? hihi. tapi sebenarnya kita kena aim kulit muka sihat, bukan cantik semata-mata, "Skin first then make up" k!

Disebabkan semua orang nak cantik, maka timbullah pelbagai produk kecantikan dari dalam mahupun luar negara. memang takkan sempat nak follow up satu-satu. benda yang kita follow up biasanya sebab ramai yang review kata produk ni best, itu tak best. produk ini cepat memberi kesan, produk ini lambat sangat nak berkesan ataupun kadang-kadang tak memberi kesan langsung. selagi tak jumpa produk yang kita berpuas hati, selagi itu lah kita mencari tapi kadang-kadang kita dah jumpa yang elok dengan kulit muka kita tapi saja gatal-gatal nak tukar, try yang lain (ni memang perangai aira ish ish ish).. ada tak yang sama perangai macam ni? ๐Ÿ˜†

Aira dah banyak sangat cuba skincare, daripada yang murah kepada yang agak pricey. daripada safi kepada SKII, daripada Cetaphil kepada Mary Kay haha memang banyak betul habiskan duit. ye lah sebab kulit muka aira tak normal macam orang normal, its combination skin, ada lah jerawat halus-halus gitu. sobsob (it's ok, masih bersyukur sebab bukan tahap breakout yang tak boleh dikawal tu, kadang-kadang kawan ada je cakap bukan teruk pun jerawat pasir ni, normal jee). banyak-banyak produk yang aira try, memang takde yang merosakkan atau menghakis kulit sebab aira memang berhati-hati dengan ingredients.

So, tahun lepas aira diperkenalkan dengan produk Mary Kay Botanical Effect, 100% bahan organik dan aira memang menggunakannya hampir 6 bulan (satu set). MEMANG SUPER JIMAT! Lepas je habis, aira tak continue sebab takde duit hahaha lols so aira pakai ape entah sehinggalah bulan 9 ni aira ambil keputusan untuk pakai balik sebab memang yakin yang Mary Kay is better walaupun kesan memang sangat lambat. seriously, lambat. lambat ya amat. Cuma walaupun lambat, kita boleh rasa confident pakai dengan kandungan bahan semulajadi yang ada di dalamnya. Walaupun agak mahal tapi affordable kot kalau tahan sampai 6 bulan, kan?

set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
from left; cleanse, freshen, mask, hydrate
Aira menggunakan Mary Kay set Botanical Effect formula 2 iaitu dikhususkan kepada mereka yang jenis kulit muka combination. kalau korang tak sure jenis kulit muka korang, cuba tadah muka dekat beauty consultant (BC) MK, dia akan bagitau dan mula suggest formula MK yang mana sesuai untuk kita. Ada 4 jenis penjagaan muka dari MK formula 2 seperti gambar di atas iaitu cleanse, freshen, hydrate dan mask. Aira akan terangkan sikit mana yang perlu didahulukan dan lain-lain ye..

tekstur Mary Kay, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
tekstur dari atas cleanse, mask, hydrate
step yang pertama adalah cuci muka dengan cleanser, 2 kali sehari. calit lebih kurang 2 inci ke seluruh wajah dan gosok sehingga rasa bersih. kenapa sehingga rasa bersih? sebabnya cleanse MK tidak berbuih, langsung tidak berbuih ok. selalunya kalau tak berbuih mesti kurang yakin bersih ke tidak, kan? tapi hakikatnya produk yang mempunyai bahan organik memang gitu, cetaphil gentle clenaser pun tak berbuih tak kira berapa banyak air yang korang letak. hehehe.. so, jangan risau dan gosok saje muka tu. 

mask f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
mask
keadaan mask aira, kempis benarrr.. ini mask yang first aira beli MK last year, tak habis lagi. ok so, step kedua ialah apply mask (hanya 3x seminggu sahaja, if not boleh skip step ni), mask yang ni ialah scrub tau. pakai dan tunggu 15 minit atau separa kering. Then, boleh bilas. Tekstur nya senang untuk apply dan bila bilas memang best sangat rasa muka ni. tegang kembali muka yang berkedut-kedut hahaha. Not irrates my skin at all. love!

freshen f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay

step ketiga ialah freshen atau dikenali juga sebagai toner. sembur 2-3 kali toner ke facial cotton/kapas muka dan sapu-sapu untuk tanggalkan sisa yang ada. Sesetengah orang kata, toner sebenarnya bukan komponen utama dalam penjagaan kulit muka seharian tetapi hanya sebagai tambahan sahaja. its depend on us nak pakai ke tak, mana yang selesa untuk kita.

hydrate f2 MK, set Mary Kay f2, review mary kay, best ke mary kay, bagus ke mary kay
hydrate 
step terakhir adalah hydrate, juga dikenali sebagai moisturizer. Aira dulu-dulu sangat tidak suka moisturizer sebab aira rasa bila pakai, ia akan me'minyak'kan lagi kulit muka. haha. tapi hakikatnya, moisturizer sangat penting kepada semua orang tak kira apa jenis kulit muka sekalipun sebab ianya berfungsi untuk menyeimbangkan keadaan kulit kita. moisturizer MK just nice, ringan dan pastikan ambil dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak untuk mengelakkan terlebih dos ๐Ÿ˜›

Overall, Mary Kay memberi kesan yang positif bagi kulit muka aira, tak mengeringkan kulit tapi menyeimbangkan antara keduanya gittew.. kalau tak positif, aira takkan beli untuk kali kedua right? Apepun, post ni bukan review berbayar untuk aira berkata-kata manis hihi tapi ini adalah pengalaman aira sendiri. kalau korang nak cuba, boleh cari Beauty Consultant Mary Kay, dekat instagram ramai jugak aira tengok. 
that's all, have a nice day guys!






September 23, 2017

Team Blogger Pantai Timur

by , in
Assalamualaiku. Hai ๐Ÿ˜Š

Aira so happy sebab aira dah jumpa team blogger. selama entah berapa tahun duk hadap blog, tak pernah ada kawan blogger yang betul-betul kawan boleh sembang. aira tak tahu nak cari sape, dimana dan sebagainya. haha sedih betul jadi orang sesat macam ni. apepun, aira tekad nak mula balik blogging secara serius memandangkan sekarang aira duk rumah sepenuh masa dan akhirnya team ni aira terjumpa bila baca entry dari blog sis awa, siapa tak kenal sis awa ni, bab edit-mengedit ni memang power. hehe.

So lepas baca terus aira email dekat sis awa untuk join team ni dan laju je masuk group whatsapp. Alhamdulillah, dengan rasminya aira dah jadi part of them. sebenarnya bila kita dalam komuniti (tak kisah komuniti apepun), kita memang akan jadi lebih kuat. kalau malas nak up entry, at least tengok yang lain up entry terasa jugak insecure. haha. tapi aira cam tabik gak la dengan bloggers ni, gigih kerja melalui blog walaupun ada pekerjaan, suami/isteri dan anak-anak yang perlu diuruskan tapi blog tetap diurus baik. hebat!

Back to the topic, BPT ni mengumpulkan blogger dari pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tapi, bukan semua tinggal di negeri masing-masing sebab ada je yang duk utara dan lain-lain, yang penting sedar dari mana asal usul negeri kelahiran tu.. hahaha.. Group BPT ditubuhkan pada 11 September 2017, segala makna dalam logo di bawah ni sis awa ada terangkan dekat blog dia. 


Sekarang mempunyai ahli seramai 22 orang (termasuk aira):

 1. sishawa.com

So, kalau ada lagi orang pantai timur belum join, ayuh lah kita bersama. hehe. boleh contact aira atau mana-mana ahli di atas. jom jenguk-jenguk juga blog mereka ๐Ÿ˜Š
September 20, 2017

Movie Review : The Man from Nowhere

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Harini aira nak review satu lagi korean movie yang aira rasa korang patut layan sekali. Aira kurang minat k-Drama yang bersemut sangat sebab movie korea lagi best kalau genre action and thriller (ni bagi aira laa). Contoh kalau k-Drama tentang penyiasat, automatik otak kita sendiri terbawa-bawa dalam cerita untuk selesaikan kes. haaa sampai gitu sekali kesannya. haha.

the man from nowhere
Title: The Man From Nowhere
Release Date: August 2010
Director: Lee Jeong-Beom
Genres: action, thriller, melodrama
Sinopsis: Cha Tae Shik (Won Bin) menjalani kehidupan sebagai seorang yang anti-sosial dengan mengendalikan sebuah kedai pajak gadai kecil. Kehidupannya selalu didatangi dengan kehadiran jirannya, So Mi (Kim Sae Ron), gadis kecil dan ibunya yang merupakan seorang penagih dadah. Apabila ibu So Mi mencuri dadah, dia dan anak perempuannya kemudian diculik. Menggunakan kemahiran yang ada pada dirinya, Tae Shik melakukan apa saja untuk menyelamatkan So Mi.

My review:
movie ni bagi aira sangat best. aira rate 9.8/10, jalan penceritaan yang menarik. kalau tengok dari awal tanpa baca sinopsis memang kurang faham sebab Tae Shik hidup lonely sangat. Then barulah tahu bila melibatkan kisah jirannya yang merupakan seorang penagih dadah. Kisah ni juga berkait rapat antara dadah dan penjualan organ manusia. macam mana para penjahat survive untuk terus hidup dengan sindiket pembuatan dan penjualan dadah. apa kaitan dengan Tae Shik? rupanya Tae Shik satu ketika dahulu bukanlah seorang yang anti-sosial, ada sebab yang membuatkan dia jadi begitu. Dan ada sebab juga dia cuba selamatkan So Mi yang di culik walaupun pada hakikatnya dia tak pernah layan kehadiran So Mi ke rumahnya. Recommended! Korang boleh tengok di SINI.
September 19, 2017

Percutian Murah di Krabi !

by , in
Assalamualaikum, Hai readers! ๐Ÿ˜Š


Aira dan planning travel memang tak boleh dipisahkan. One of my pending list place to go is Krabi memandangkan Kelantan ke Krabi tak jauh sangat, boleh pergi dengan kereta/van je. Soon, in shaa Allah [i hope my sister read this cause i plan this trip with her ๐Ÿ˜†]. Sebelum pergi apa kata usyar hotel dulu kan.. Seperti yang korang tahu, Krabi terkenal dengan keindahan alam flora dan fauna. So ulos yang betul-betul teringin nak ke sana memang satu idea yang menarik. Korang boleh cari the best hotel to stay. Banyak hotel di Krabi menawarkan harga yang berpatutan untuk kemudahan para pelanggan bersantai di kawasan persisiran pantai yang cantik di kawasan Selatan Thailand ini. Kedudukan hotel yang strategik di persisiaran pantai pasti memberikan kenikmatan yang sebenar terutama bagi mereka yang sukakan pemandangan laut biru. Krabi juga salah satu tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang suka melancong ke luar negara! Korang juga boleh memilih hotel yang korang suka mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Pendek kata memang bestlah bercuti kat sini. 

tubkaak resort krabi

tubkaak resort

Salah satu hotel yang boleh menjadi pilihan adalah Tubkaak Krabi Boutique Resort. Ia menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi dan merupakan pilihan popular bagi mereka yang berhasrat untuk stay dengan tujuan business trip mahupun percutian keluarga. Perjalanan dari lapangan terbang hanya 45minit dan kedudukan pusat bandar sejauh 30km. Hotel ini terletak di kawasan tarikan pelancong iaitu Pantai Tubkaak, Klong Muang Plaza dan Ao Thalen. Hotel ini juga mempunyai 59 bilik yang sangat cantik dan setiap bilik tersebut dilengkapi TV, wi-fi (this is a must!) and private swimming pool. Korang juga boleh menikmati suasana yang tenang dengan adanya private beach, fitness centre, sauna, open swimming pool dan padang golf (jaraknya hanya 3km dari hotel). 


image hotel di krabi

Second hotel yang aira tengok juga is Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi. Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi ialah sebuah resort yang terletak di Ao Nang iaitu satu kawasan yang strategik. Selain itu, Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Ao Phai Plong kira-kira 500 meter dan Ao Phra Nang Beach, 1.16 km. Resort ni tempat yang sesuai bagi pasangan yang inginkan percutian romantis atau tempat honeymoon. Nikmati malam-malam yang penuh kenangan bersama yang tersayang dengan menginap di Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi ๐Ÿ˜—!

image hotel di krabi

Selain itu, aira usyar juga Beyond Krabi Resort. Resot ini sangat hampir dengan pantai, hanya satu minit berjalan kaki. Beyond Resort Krabi diilhamkan oleh alam semula jadi dan menawarkan percutian tropika di sepanjang private beach, Klong Muang Beach. Ia juga dilengkapi dengan kolam renang luaran, fitness centre dan sebuah restoran. Beyond Krabi Resort berkonsepkan Thai dan moden, sangat sesuai dengan keadaan bilik-biliknya yang turut sama boleh menikmati keindahan taman, kolam renang dan laut biru kehijauan.

image hotel di krabi


Seterusnya ialah Sofitel Krabi Phokeethra Golf & Spa Resort. Sofitel Krabi Phokeethra menyediakan penginapan yang selesa, layanan yang mesra dan kemudahan rekreasi termasuk sebuah kolam renang luaran berkeluasan 7000 m² (memang luas giler!). Bilik-bilik di sini berkonsepkan era Victoria, luas dan elegen di mana turut menyajikan pemandangan pulau-pulau dan Andaman Sea. Perkhidmatan bilik disediakan 24 jam setiap hari dan para tetamu boleh memanjakan diri di spa atau berehat di perahu layar peribadi. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah sebuah padang golf dan gelanggang tenis (sangat sesuai untuk business trip).

image hotel di krabi

And lastly hotel yang aira usyar is Amari Vogue Krabi. Ia juga terletak berhampiran dengan pantai dan korang boleh bersantai di private beach, Pantai Tub Kaek. Amari Vogue Krabi menyambut kedatangan tetamu dengan menyediakan minuman alu-aluan semasa check-in. Bilik-biliknya memang selesa dan cantik kerana dihiasi dengan lantai kayu yang digilap kemas, karya seni dan ukiran tradisional dari Thai Utara. Setiap bilik menyediakan pelbagai kemudahan seperti TV, DVD player dan bar mini. Satu lagi, tentunya benda asas yang sangat penting iaitu Wi-fi percuma! selain itu, kedudukan Amari Vogue Krabi adalah sangat strategik kerana pemanduan dari Pantai Aonang dan Pekan Krabi hanya memakan masa 20 minit dan 30 minit manakala perjalanan dari lapangan terbang hanya 40 minit sahaja. Kewujudan Breeze Spa membantu para tetamu untuk berehat sepenuhnya dengan adanya bilik wap peribadi, urutan terapi dan rawatan kecantikan. Ini tentu mengasyikkan bagi para tetamu! Perkara yang lebih menarik lagi di Amari Vogue Krabi ialah adanya masakan antarabangsa yang disajikan di Restoran Lotus manakala Restoran Bellini di tepi pantai menawarkan masakan Itali dan fresh seafood.

Lepas aira usyar ni terus rasa macam nak suruh my sister plan cepat-cepat sampai jadi! So korang, tunggu apa lagi? Hurry up, go find best Krabi hotels online on Traveloka.

Enjoy your holiday! ๐Ÿ˜
September 18, 2017

Apa yang best di Korea?

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Aira tengah mood rindu nak travel ni. tolong!!! dah berapa kali ajak mak, pergi dalam negara pun jadi lah. Sabah pun lawa apa, dua tahun lepas pergi Sabah, banyak lagi tempat yang belum jejak. Boleh tengok SINI untuk Sabah Trip aira. Tapi kali ni bukan nak cerita tentang Sabah tapi Korea. Kalau korang ada follow cerita aira, bulan 3 haritu aira ke Seoul, Korea dengan kawan-kawan [lawatan sambil belajar gittew] So, post kali ni aira nak klasifikasikan apa yang best di Korea? 

1. BEAUTY OUTLETS

Tempat yang paling best bagi mereka yang bergelar wanita/perempuan. Cuba beritahu aira siapa yang tak suka barang-barang kecantikan? Mungkin ada tapi sebilangan kecil je kot kan? sebab perempuan dan kecantikan berpisah tiada ๐Ÿ˜. Korea antara negara yang banyak mengeluarkan produk kecantikan samada skin care mahupun make-up. And for sure, dekat Korea banyak beauty outlet. Myeong-dong adalah pusat outlet yang menempatkan deretan kedai dari pelbagai jenama seperti Etude House, Nature Republic, The Face Shop, The Body Shop, Tony Moly, Skin Food, Innisfree dan banyaaakkk lagi! Setiap jenama ada beberapa kedai dekat situ, kadang-kadang selang 7-8 kedai je. Apa yang best, setiap kali masuk beatu outlet ni mereka akan berikan sekeping facial mask for free! For free guys, memang tak shopping facial mask pun haritu, kumpul yang free je ๐Ÿ˜‚. Seriously, memang awesome sangat dekat Myeong-dong ni. Jangan lepaskan peluang anda bila sampai Korea okey?

myeong dong

etude house

2. STREET FOOD

Korea juga terkenal dengan street food yang sedap. Bagi non-muslim, jangan risau sebab ada je street food yang halal. contohnya, cumi-cumi bakar (sotong), fish cake, hottoek (sejenis kuih) dan beberapa nama yang tidak dapat diingati ๐Ÿ˜‚. Street food juga banyak didapati di Myeong-dong tapi tempat lain pun ada, macam street ala-ala pasar malam dekat Insadong. Kalau nak tahu halal atau tak, korang boleh tanya tour guide korang. Dari segi harga, agak pricey la kalau convert ke Malaysia (so jangan convert ok ๐Ÿ˜œ).

gerai hottoek

street food korea

street food korea


3. BANANA UYU

Benda lain yang famous dan best dekat Korea is Banana Uyu. Banana Uyu ialah sejenis susu perisa pisang. Harga mengikut tempat tapi biasanya 1000-1200won. Sebenarnya susu ni ada pelbagai perisa, strawberry, coffee, melon tapi yang famous tetap banana mungkin sebab rasa memang best dan unik. Ni wajib korang cuba bila dekat sana. Kalau dekat Malaysia pun ada jual di sesetengah pasaraya terpilih tapi harga memang mahal sikit dan packaging pun tak secomel di Korea. hihi.


that's all guys! ada semangat tak nak ke Korea selepas baca ni? hihi ๐Ÿ˜†

Baca juga: Apa yang best di Ho Chi Minh City?
September 17, 2017

Movie Review : THE FLU

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Aira peminat K-Drama tau tetapi Aira memang tak kenal sangat nama-nama pelakon handsome atau cantik. Yang aira kenal beberapa orang je sepeti Lee Min Ho, Song Joong-Ki and Park Ji hyo. Teruk juga la ingatan bab nak ingat nama orang ni, muka familiar tapi tak ingat nama. Tapi, disebabkan hari-hari tengok K-Drama, jadi bosan sebab banyak episod. so, aira beralih kepada movie gituuu, dua jam is just nice! 

image the flu

Release Date: August 2013
Director: Kim Sung Su
Actors: Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-Ha, Yu Hae-Jin, Ma Dong-Seok, Lee Hee-Joon
Genres: action, drama, suspense
Sinopsis: Sekumpulan imigran diseludup masuk dalam kargo perkapalan dengan destinasi akhir mereka di Korea Selatan. Di dalam kargo tersebut, salah seorang pendatang adalah pembawa virus berjangkit dan membawa maut. Byung-Ki (Lee Hee-Joon) dan Byoung-Woo (Lee Sang-Yeob) memandu ke kargo perkapalan tersebut untuk melepaskan para pendatang. Mereka mendapati bahawa semua pendatang mati, kecuali seorang lelaki. Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti setiap jam oleh virus yang mematikan, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas jangkitan. Keseluruhan pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak. Ahli penyelamat Kang Ji-Koo (Jang Hyuk) adalah salah seorang yang dikuarantin. Dr. Kim In-Hae (Soo-Ae) adalah salah seorang daripada doktor yang mengesyaki virus tersebut. Wabak itu menjadi lebih khusus apabila dia mengesyaki anak perempuannya sendiri (Park Min-Ha) dijangkiti virus itu. Ahli penyelamat Kang Ji-Koo dan Dr. Kim In-Hae  bekerjasama dalam perlumbaan menentang masa untuk mencari penawar bagi virus tersebut  [credit]

My review:

Aira rate cerita ni 8/10. memang best. suspens. lagi-lagi part Ji-Koo dan Dr. Kim mencari ubat penawar bagi virus tersebut. Cara nak cari ubat tersebut adalah dengan mengambil sampel dari orang yang pertama membawa virus itu dan mengolahnya menjadi ubat untuk keselamatan masyarakat yang lain. Kalau korang tengok cerita Train to Busan dan kata best, The Flu lagi best. Boleh tengok dan nilai sendiri k ๐Ÿ˜‰


September 16, 2017

Nature Republic Aloe Vera Melembapkan Kulit

by , in
Assalauamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Harini aira berminat untuk kongsikan pengalaman menggunakan Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera. Aira beli ni sebulan yang lepas sebab teringin nak shopping di hermo.my + time ni takde pakai moisturizer dekat muka, so untuk dapatkan free postage aira beli satu barang dari Etude House. hihi. so, let me introduce this product!

Product info:

➧ Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92%
➧ Made in Korea
➧ 300ml


image how to use aloe vera gel
source: hermo.my

Functions:

Moisturizing cream or mask pack, base make-up, after shave cream, hair treatment, relax swollen eyes, nail essence, body care, mask pack for relaxing sunburns

 Tekstur yang ringan dan tidak melekit!

My personal review:

Memandangkan banyak review kata aloe vera baik letak dekat muka, so aira cuba gunakannya. And so sad, kulit muka aira tak boleh terima. Oh btw, aira jenis kulit muka combination. I'm not sure why, tapi makin banyak pulak jerawat kecil-kecil dekat dahi sampai mak pun perasan. sobsob. Terus aira berhenti pakai selepas tiga hari.

BUT, aloe vera ni mungkin tak sesuai dekat kulit muka aira tapi ia sangat sesuai untuk penjagaan kulit di tubuh badan. So, aira gunakannya sebagai lotion dekat kaki dan tangan. memang best sebab sejuk, tak melekit, mudah untuk apply dan wangi sangat! Selain itu, aira gunakannya juga untuk penjagaan rambut. memang best, tapi untuk kesan yang lebih efektif mestilah kena apply selalu. Tak boleh malas ๐Ÿ˜—

Harga: RM14.00
Re-purchase? Maybe yes.

Have a nice day everyone!
September 15, 2017

Dr. G Brightening Peeling Gel Scrub Muka Terbaik!

by , in
Asslamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

semalam aira pergi jalan-jalan kejap dekat mall, singgah pun sebab ada urusan lain sebenarnya. Dan kalau namanya jalan sorang-sorang, tempat yang wajib masuk ialah Watsons, Guardians dan SaSa. ni memang kedai yang aira tak boleh katakan tidak, dapat pusing-pusing jenguk satu dua produk kira berpuas hati gitu haha ๐Ÿ˜† masuk Watsons dah terpegang face mask, 3 keping RM12. Hampir terbeli tapi berjaya pujuk hati jangan beli. lol. Bila masuk SaSa, face mask dia 10 keping RM19.90. wuihhh nasib baik tak beli lagi dekat Watsons. haha. Bila masuk SaSa, biasalah kalau promoter ikut sekaki kan, alang-alang time tu aira sorang je pelanggan saja buat-buat tanya dia scrub apa yang best untuk muka. And dia suggestkan DR. G. katanya best untuk buang sel kulit mati. Maka terbeli lah ๐Ÿ˜‚


Product info:
➧ Dr. G Brightening Peeling Gel
➧ Made in Korea.
➧ 120g


Product description:

➧ Peeling Gel
➧ for all type skin
➧ removes dead skin cells
➧ contains vitamin C and E



How to apply:

➧ selepas cuci muka, picit sedikit Dr. G and sapu dekat muka
➧ then, urut-urut sampai rasa dah hilang semua kekotoran dekat wajah, jauhi area mata kemudian bilas

Pendapat aira:

Seriously, scrub ni buat aira tak menyesal beli dan mungkin akan menyesal kalau tak beli. haha. memang best sangat-sangat. bila gosok muka dengan gel ni, memang terasa kulit makin smooth gitu, lagi-lagi sebab tekstur yang peeling off macam ni. macam yakin lah kotoran dekat muka tu terkeluar habis. Tekstur ni teramat best! Ringan dan tak terlalu cair. Aira apply terbalik sikit dari direction yang dia bagi, aira scrub dulu baru cuci muka. haha. asal boleh je kan. Tapi result still tiptop! Ya Tuhan tak tahu nak cakap macam mana, korang perlu dan harus cuba sendiri tauu ๐Ÿ˜—

Harga dekat SaSa: RM69.00
Re-purchase? Yes!


September 14, 2017

Dapat Hadiah Sugarbelle Matte Lip Cream

by , in
Asslamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Selamat petang korang semua! Aira tadi tengah syok scroll instagram tiba-tiba abang posmen datang hulur parcel. yeayyy, dah sampai rupanya hadiah giveaway dari instagram! Dua hari lepas, aira buka instagram dan tengok ada yang buat giveaway bagi sugarbelle. syarat pun mudah dan simple sebab follow, tag kawan, pilih code yang masih available dan DM owner. Tanpa fikir panjang, aira scroll down tengok warna sugar pink dan pink paris sebab time ni tinggal dua code sahaja. Alhamdulillah, harini barang dah sampai, sukanyaaaa! siapa tak suka kan kalau bayar harga postage je, Matte Lip Cream ni kalau tak silap RM50 lebih.

foto sugarbelle lip cream

Aira pilih warna sugar pink. nice and sweet gituuu. Seriously, bau dia pun wangi tau. Tak sabar nak pakai secara rasmi (tapi sebenarnya tadi dah pakai suka-suka. hehe.). Korang ada yang pernah try ke Sugarbelle lip cream ni?

September 13, 2017

Cara Mudah Dari UKM ke KLIA/KLIA2

by , in
Asslamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

selamat datang pelajar baru ke UKM! aira tengah tunggu masa untuk konvo sekarang ni. selama tiga tahun di UKM, antara tempat yang wajib aira pergi menjelang cuti semester ialah KLIA/KLIA2 (sebenarnya kalau bukan cuti semester pun jejak juga, homesick punya pasal), balik kelantan je pun, bukan sabah mahupun sarawak ๐Ÿ˜‚ so sekarang mesti ada yang tercari-cari macam mana nak ke KLIA/KLIA2 dengan harga yang berpatutan kan? ok, aira akan senaraikan beberapa cara tau supaya senang nanti korang nak ke sana.

1. UKM - KTM UKM - KTM Nilai - KLIA/KLIA2

Of course kalau pelajar UKM tahu, nak ke KTM UKM secara percuma, naik saja bas zon 6. Harga tiket KTM UKM ke KTM Nilai ialah RM3.40. Then dekat Nilai, naik bas Airport Liner dengan harga RM3.00 ke KLIA dan RM4.00 ke KLIA2. Bas akan tiba di terminal Nilai setiap 20 minit. So, total harga RM6.40-RM7.40.

p/s: Masa yang diambil untuk route ni aira tak sure sebab aira tak pernah guna cara ni. Faktor tak pernah guna cara ni ialah aira baru tahu waktu habis semester akhir. haha. hambar betul. itu pun kawan yang terangkan. apapun, cara ni paling murah dan mudah. Harga yang dinyatakan aira ambil dari info di SINI.

2. UKM - KTM UKM - BANDAR TASIK SELATAN (TBS) - KLIA/KLIA2 (JETBUS)

Sekali lagi, dari UKM ambil bas zon 6, percuma. Dari KTM UKM - TBS, harga tiket RM3.70 (+-30 minit). Sampai di TBS, beratur je di mana-mana kaunter dan beli tiket ke KLIA/KLIA2. harga yang aira naik dua bulan lepas ialah RM11.00. Perjalanan dari TBS ke KLIA/KLIA2 adalah satu jam. So, total harga RM 14.70 mengambil masa 2 jam (termasuk perjalan bas zon 6).

p/s: cara ni memang aira fasih sebab selalu buat. haha. Tapi sebenarnya aira tak berani sangat naik atau turun bas dekat KLIA sebab terminal agak gelap dan sempit walaupun ramai orang. KLIA2 no problem! sangat luas dan selesa. kalau aira beli tiket MAS, aira akan guna cara lain untuk sampai KLIA. hehe.

3. UKM - KTM UKM - BANDAR TASIK SELATAN (TBS) - KLIA/KLIA2 (ERL KLIA TRANSIT)

ERL

Dari UKM ambil bas zon 6, percuma. Dari KTM UKM - TBS, harga tiket RM3.70 (+-30 minit). Sampai di TBS, cari terminal KLIA Ekspres/KLIA Transit dan beli tiket. Harga tiket yang ditunjukkan di website KLIA, RM 38.40 (32 minit). Aira rasa sekarang macam lagi mahal dari ni tapi entah lah. Yang pasti bukan lagi murah. So total harga RM 42.10 mengambil masa 1 jam 30 minit (termasuk perjalanan bas zon 6).

p/s: waktu aira awal tahun satu, harga tiket 20 lebih je, siap boleh guna kad siswa untuk diskaun tapi tiba-tiba naik mendadak masa aira tahun dua rasanya dan tak boleh guna kad siswa. sejak dari tu memang tolak tepi saja KLIA transit ni ๐Ÿ˜‚ Tapi kalau korang ada duit lebih pastu nak feeling naik ERL, dipersilakan saja ๐Ÿ˜

4. UKM - KLIA/KLIA2 (TRANSPORTER/PREBET/JOM TUMPANG)

Kalau cara ni, korang kena pandai cari yang harga berpatutan ye. Biasanya bermula dari harga RM35-RM60. Bayaran kadang-kadang per head tapi mostly mengikut sebuah kenderaan (contohnya RM40 bahagi 4 orang). Perjalanan masa dalam 30-45 minit (tengok keadaan, kadang-kadang driver bawa jalan tanpa tol dan kadang-kadang jalan highway).

p/s: cara ni memang aira amalkan selalu. senang, mudah dan cepat. Tak payah risau tentang masa, nak terkejar departure ke ape. hehe. Aira memang ada favorite transporter, RM35/head sebab aira tak pernah balik dengan kawan so memang takleh nak share fare.

5. KAWAN HANTAR

Cara ni pun pernah buat juga. Time rushing atau beli tiket flight last minute atau transporter not available. Call kawan yang baik-baik sikit. hihi. BUT, of course lah bayar! walaupun tu kawan kita, tetap kena bayar at least lepas duit minyak dia. Aira rasanya pernah bagi dekat kawan RM20 camtu, rasanya lah. hehe. Tapi, Aira pernah je naik free sebab orang tu tak bagi bayar. hehe. syukur, moga-moga murah rezeki orang tu. Ameen.

Itu saja. Aira harap post kali ni membantu korang nak ke KLIA/KLIA2. Sebelum ni tahun 2014, Aira ada share Cara dari UKM ke SZB (Subang Airport) and memang ramai rupanya yang mencari cara nak ke sana. Aira sejak naik tahun 2 dulu memang dah tak jenguk SZB sebab tiket flight Fireflyz mahal ya ampun ๐Ÿ˜‚

Have a nice day!
September 11, 2017

Review Freeman Clay Mask Mint + Lemon

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Aira banyak jugak follow tweet kecantikan dekat twitter sebab dekat situ banyak sangat tips dan pengalaman pengguna twitter tentang produk-produk yang mereka guna, mana yang best dan mana yang tidak. And setiap kali usyar twitter tu mesti terasa nak beli barang yang diorang suggest. Jenis mudah terpengaruh macam ni la jadinya (๐Ÿ˜‚). Huwaaaa habis duittt kita. haha. And sebab rasa semakin insecure, aira dah unfollow akaun twitter pasal kecantikan ni. Lols. Antara barang yang dah terbeli ialah  produk Freeman Clay Mask Mint + Lemon. Aira beli dekat Watson time promosi, harga RM17 lebih. Clay Mask mint + lemon sesuai untuk kulit muka oily and combination. Apply within 10 minutes and rinse with water.

Freeman Clay Mask mint + lemon

freeman clay mask

Pengalaman aira:

Aira jenis kulit muka combination. First try Clay Mask ni bagi aira sangat absorb minyak sampai kulit muka aira teramat kering. kering sangat-sangat. selepas je pakai dalam 5-7 minit, aira basuh dan kulit muka terus gatal. lepastu, memang letak moisturizer la sebab tak tahan. Tapi yang degilnya, nak pakai pula buat kali kedua, dua hari lepas. haha. still the same, kering dan pedih. Maka, terpaksa tolak tepi clay mask ni. Re-purchase? sorry, nope sebab memang tak sesuai dengan kulit. 

Pada pendapat aira, kalau sesiapa yang jenis kulit muka berminyak mungkin berfungsi dengan baik. Ini hanya pengalaman peribadi sahaja. Tak sesuai untuk aira tapi mungkin sesuai untuk orang lain ๐Ÿ˜ 


September 09, 2017

Berbaloi ke beli Bread Maker?

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

selamat berhujung minggu semua! cuti ni memang seronok tapi kalau cuti macam aira yang menanam anggur ni tak berapa seronok sangat. haha bosan. tapi kira okey lah, ada benda yang boleh buat which is menguli roti. itu je kemahiran dan keseronokan yang boleh dirasai ๐Ÿ˜‚

seminggu sebelum raya, kakak aira pergi Tesco dan dia tanya nak ke Bread Maker (BM)? Murah ni, tengah sale. Dan sebenarnya teragak-agak nak ke tak sebab takde duit. lol. maka kakak sulung mencelah, dia suruh beli je. dia belanja! Dan akhirnya BM ni dibelanja oleh dua orang kakak untuk seorang adik ini. bersyukurnya, terima kasih sisters. hihi.
Bread Maker Tesco

saiz Bread Maker

fungsi bread maker
BM Tesco ni antara kategori BM yang murah sebenarnya. Aira sebelum ni pernah je usyar BM dekat Lazada. Harga BM paling mahal pernah tengok RM3452. mahal kan? kalau Noxxa RM1080.00. sebab mahal ni salah satunya adalah saiz. saiz yang besar seperti oven dan ada fungsi oven juga. Aira memang tak berniat nak beli yang mahal sebab oven dekat rumah pun dah ada. Cukuplah beli BM Tesco yang berharga  RM199.00 ni. Ada 12 fungsi iaitu Basic (Roti bantal), French (Roti Perancis), Whole wheat, Quick, Sweet, Gluten free, Ultra fast, Dough, Jam, Cake, Sandwich, Bake. Aira suka guna BM Tesco sebab kecil tapi boleh muat untuk sukatan 500gm tepung dan berfungsi dengan baik!

Mengikut pengalaman aira, memang benar kita boleh buat kek sebab ada fungsi membakar pada BM ni tetapi takkan nak bakar kek dalam bentuk petak macam roti gardenia tu? takcantik la kan.. setakat ni aira guna dua fungsi je. Basic dan Dough. Very easy, campak-campak bahan dan dia ada timing tersendiri. so bolehlah korang nak tidur dulu sebelum ready nak membentuk roti bagi doh. kalau set untuk Basic, korang campak je bahan, selepas tiga jam roti ala-ala gardenia siap!

bread maker user guide

resepi roti
Dalam kotak BM ni disediakan buku panduan bagi kemudahan pengguna. Aira pernah cuba buat roti Basic dengan resepi percuma ni. Hasilnya? Ya Ampun, menyesal buat sebab tak boleh beza itu roti ke kek? hahaha tekstur pelik sangat, apatah lagi rasa. maka, roti kek itu disedekahkan kepada ikan di air terjun (kebetulan pergi picnic haritu). Start dari tu, memang taknak guna dah resepi ni. guna resepi yang belajar je. hehe.

Jadi, berbaloi ke beli BM ni? Pada pandangan peribadi aira, kalau jarang-jarang nak buat roti then setakat nak uli doh, cukup guna mixer je (atau kalau rajin boleh uli tangan je, hihi). Tapi, kalau selalu nak buat roti dan roti bantal, memang berbaloi beli BM. Senang sangat! Moga bermanfaat ye ๐Ÿ˜