Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris

Assalamualaikum.

kali ini aira nak share cara mudah untuk menguasai Bahasa Inggeris. Actually i'm not so good in English but i discovered that this method is very helpful for me. Kalau dulu waktu sekolah, teacher selalu pesan supaya banyakkan membaca buku bahasa Inggeris dan membelek-belek kamus tapi semua ini dipandang sebelah mata sebab itu semua benda yang malas nak buat 😂 

jadi, pendekatan alternatif yang terbaik menurut pandangan aira ialah:

1. Menonton drama/movie yang ada subtitle bahasa Inggeris tak kira itu drama/ movie melayu, korea, jepun dan lain-lain. Waktu layan drama tu, baca je subtitle English sambil menjiwai jalan penceritaan walaupun ada sesetengah perkataan tidak difahami. Kalau ada perkataan yang tidak difahami dan banyak kali muncul dalam penceritaan tu, mesti anda akan rasa curious atau ingin tahu. jadi, apa lagi sila cari di dictionary.com. kamus English-English sangat membantu menambahkan vocabulary anda!

2. Layan 'English song'. pilih lagu yang menarik hati anda sama ada hip hop, jazz, rock atau lain-lain. mula-mula dengar 2-3 kali then tengok lirik. fahamkan apa makna lagu tu sebenarnya.



3. Membaca blog atau caption Instagram instafamous yang all-time speaking.

 

anyone can try and find what is suitable for ourself. But reading a lot of books still a legend. Not 'ketinggalan zaman' okey 😊

6 comments:

  1. mcm saya, sy suka melalui pembacaan. dulu cikgu english ajar utk latih baca n summarize at least in 20 patah perkataan utk pembaan setiaphari.

    pastu bila bc novel/buku cerita english, rajinkan bukak kamus utk jote down vocab yg dijumpai x faham

    Jemput baca 5 amalan ketika hamil yang bagus dibuat sama-sama oleh suami & isteri sepanjang tempoh kehamilan si isteri

    ReplyDelete
  2. bagusnya,akak suka tengok youtuber bervlog...hehehe

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan semua cara di atas. terutama yg 1st. Bila tgk movie english yg ada subtitle english, secara tak langsung dapat improve ayat dan penggunaan bahasa inggeris. hihi. lagu pula dapat improve pronouncation kita bila nyanyi bahasa inggeris. hihi.

    ReplyDelete
  4. Rabia beli buku mudahnya berbahasa inggeris dgn my lecturer dulu,

    ReplyDelete
  5. bila dah habis belajar nie, aku rasa UNITEN banyak membantu aku dalam english. Sbb bahasa pengantara yang dipakai ialah english. Nak tak nak memang kena faham english dan latih diri. Paling takut presentation sebab buntu nak cakap apa, dahlah dalam english. So bila subjek islamik, titas dan etnik memang suka gila sebab tu je subjek bahasa melayu yang boleh present dalam bahasa melayu.

    Sari kata. Ya memang sangat memberi kesan dalam peningkatan bahasa enggeris. Sebab ia secara tak langsung melatih kita membaca dalam bahasa enggeris dan menambah pengetahuan dalam komunikasi seharian (sebab dialog). Cumanya, sari kata tu pastikan yang english tu betul, bukan yang main hentam je sebab ada sarikata yang beza dari percakapan (jenis download movie dan sarikata).

    kalau lagu, aku tak layan sangat lagu omputih sebab mostly lagu yang aku suka tu pasti lirik dia nonsense. Sedih banyak.

    Pape, banyak cara yang boleh dipakai mengikut kesesuaian orang.. huhu.

    Thanks for sharing zue :D

    ReplyDelete
  6. Paah pun dulu time skolah taknak blaja English betul2... Dah besar baru sibuk nak masuk class English...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/21/petanda-dan-risiko-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)