August 19, 2017

Kelas Roti di Kemaman (Fitry'z Kitchen)

by , in

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. satu lagi wishlist untuk buat sementara menunggu konvokesyen done!! Dah lama cari kelas membuat roti. Haritu saja-saja search dekat Fb dan terjumpa satu post tentang kelas ni, terus contact. Ok, harga kelas kak Fitry ni sangat murah! First time jumpa murah macam ni iaitu RM35 sahaja. Walaupun jauh dari rumah ke Kemaman (taklah jauh sangat sebenarnya, lebih kurang 45minit) tapi yakinkan juga mak untuk izinkan drive sebab tak biasa jalan ni. Alhamdulillah, berbaloi sangat kelas kak Fitry ni, murah dan sedap. 5 jenis roti diajar:

1) Rotiboy
2) Roti Sarang Lebah, sos butterscotch
3) Roti Kacang/ Ulat Bulu
4) Roti Mini Piza
5) Roti Sausage Twist

macam iols pula cikgunya ๐Ÿ˜‚

peserta maksimum 14 orang satu sesi

rupa bila amatur macam aku buat. haha

Roti Sarang Lebah, my favorite memang sedap giler! this one hasil tangan iols k ๐Ÿ˜Š

Sampai je rumah, belum pape lagi dah habis.  apa maknanya tu? sedap lah. hehehe. Rotiboy, Roti Kacang dan Roti Sarang Lebah memang favorite sepanjang zaman. lembut dan sedap sangat. Sesiapa yang berminat dan berada berdekatan area Kemaman, boleh contact kak Fitry melalui Fitry'z Kitchen
August 16, 2017

10 Tips Penjagaan Masalah Rambut Kombinasi

by , in
Assalamualaikum.

Rambut ialah salah satu aset penting bagi wanita. Rambut juga ada jenis-jenisnya seperti muka. Tanda-tanda rambut kombinasi ialah mempunyai kulit kepala berminyak dan hujung yang kering. Krisis rambut kombinasi ini agak biasa terutama bagi mereka yang mempunyai rambut panjang atau kerinting.

gambar masalah rambut kusut


Apakah faktor yang menyebabkan rambut kombinasi?

Apa yang anda perlu ketahui tentang rambut kombo, sebenarnya badan kita mempunyai cara semula jadi sendiri untuk memerangi kekeringan pada rambut. ia dikenali sebagai sebum. Sebum adalah minyak yang dirembeskan dari kulit kepala anda. Oleh itu, tujuannya adalah untuk menambah kelembapan pada rambut anda tetapi kelemahannya adalah bahawa garis rambut anda mungkin agak berminyak. Untuk menghalang kulit kepala berminyak, cuba tips ini:

1. Makan makanan seimbang yang mengandungi makanan tambahan mineral.

2. Pastikan pendedahan matahari dan angin sekecil mungkin kerana kedua-duanya boleh mengeringkan rambut anda dan menyebabkan minyak dan bakteria terbentuk pada kulit kepala anda.

3. Kurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.

4. Elakkan menggunakan rawatan haba secara berlebihan kerana mereka cenderung untuk keringkan rambut.

5. Buat campuran telur putih, satu sudu madu dan dua sudu teh minyak badam. Sapukan pada kulit kepala dan rambut anda, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam. Ia adalah skrub yang baik untuk rambut kombo.

6. Mengambil sumber vitamin A seperti lobak, tomato, sayur-sayuran berdaun dan tenusu ke dalam diet anda. ia secara semulajadi melawan pengeluaran sebum yang berlebihan.

7. Elakkan daripada menggaru kulit kepala atau menyentuh rambut anda. Ini menjadikan mereka lebih berminyak dan bakteria akan dipindahkan ke kulit anda menyebabkan jerawat.

8. Jangan terlebih mencuci rambut kerana ini akan menghalang semua sebum yang diperlukan untuk melindungi rambut. Sekiranya kulit kepala mengesan kekurangan sebum, ia akan menghasilkan lebih banyak lagi.

9. Dapatkan nasihat pakar yang mungkin mempunyai cadangan penggunaan produk atau teknik penjagaan rambut anda (biasanya, kalau ke salun untuk terapi rambut, mereka akan tanya bagaimana penjagaan rambut kita dan memberi nasihat apa yang rambut kita perlukan dan lain-lain)

10. Rawatan kimia seperti pewarna boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan rambut kering. Jauhkan dari rawatan ini dan patuhi penjagaan rambut kombinasi yang betul.

selamat menjaga rambut masing-masing ๐Ÿ˜Š

sumber SINI
August 01, 2017

Petua menghalang semut

by , in
Assalamualaikum.

Semalam terbaca di FB page Mingguan Wanita (baca penuh di SINI) tentang tips atasi masalah tahi cicak merata di tepi tingkap. Dan tips yang diberikan boleh juga digunakan bagi menghalang semut yang suka melata. Jadi, iols cuba petua tersebut:


iols guna bekas ini sebab penyembur yang betul takde kat rumah. hihi

1) 1/3 cuka masakan
2) 1/3 cecair basuh pinggan
3) 1/3 air
4) Bekas penyembur





hasilnya memang sangat memuaskan. semut pun dah tak lalu area sini lagi. senang, mudah, cepat dan jimat! semua bahan ada di rumah dan lagi best sebab campuran bahan-bahan ini tidak memeningkan kepala. selamat mencuba! :)