July 28, 2017

Kursus Bekam di al-Jannah, Kelantan

by , in
Asssalamualaikum.

Alhamdulillah, 26-27 Julai 2017 aku sempat join kursus bekam di Pusat Rawatan Alternatif Bekam al-Jannah, Wakaf Bharu, Kelantan. Memang niat aku, lepas habis degree aku nak ambil apa-apa kemahiran sebagai side income gitu. awalnya nak ambil kursus baking atau pastry tapi belum sempat lagi. jadi, aku fikir bekam pun kemahiran yang bagus juga, lagi-lagi pengkhususan wanita. dua hari sebelum kursus, aku pergi pusat ni dan tanya kelas bila dan macam mana. tapi aku ambil keputusan untuk masuk personal class memandangkan kelas berkumpulan aku tak free tarikh tu. 

peta lokasi kedai bekam al-Jannah
peta lokasi



jangan risau kalau langsung tak tahu sebab aku memang bermula dari zero. semua akan diajar, teori dan praktikal :)

sesiapa yang berminat boleh hubungi pusat tersebut di Fb: Bekam Jannah Kelantan






July 18, 2017

Resepi conrnflakes madu crunchy

by , in
Assalamualaikum.

setiap kali raya, cornflakes madu memang wajib ada. tapi tahun-tahun sebelum ni punya resepi tak sesedap tahun ni. haha. tahun ni aku buat resepi campak sesuka hati, tak sangka memang crunchy habis laa. so, i'm so happy to share this recipe :)


brown sugar takde dalam gambar sebab tu yang aku campak last minit. haha.


1. Cornflakes 1 kotak
2. Buttercup 125g
3. Madu 7-9 sudu besar
4. Brown sugar 2 sudu besar
5. Rice sprinkle
6. cup kecil-kecil

panaskan buttercup, madu, brown sugar sampai sebati.
letak cornflakes dalam bekas besar supaya senang gaul.
masukkan bahan yang kita panaskan tadi dan gaul.
masukkan dalam cup kecil, tabur hiasan.
masukkan dalam oven 5-8 minit.
lepas keluarkan dari oven, rehatkan sekejap sampai sejuk. baru boleh simpan dalam bekas.

selamat mencuba!

July 16, 2017

SEOUL, KOREA (PART IV)

by , in

Assalamualaikum.
ini sambungan dari Part I, Part II, dan Part III.

kali ni jalan-jalan di istana lama Gyeongbokdung Palace, Namson Hanok Village (rumah-rumah menteri zaman dulu), Namsan Tower, Myeong-dong dan Nami Island.





Gyeongbokdung Palace

Namsan Tower, view dari Namsan Hanok Village






Namsan Hanok Village






Namsan Tower





Myeong-dong
aku suka sangat Myeong-dong. bagi food hunters, banyak makanan yang best boleh makan sini. cumi-cumi, crab, ais krim 32cm pun ada, sedap dan serius lama kot nak boleh habiskan tu sebab tinggi sangat. haha. nak cari seaweed yang murah dan sedap pun sini jugak (menyesal beli sikit haha). and yang paaaaaling besttt sini tempat barang kosmetik banyak giler! Grab Etude House je (paling menyesal sebab tak borong barang lainnnn :'( sebenarnya dulu macam tak minat sangat dekat barang-barang mekap ni tapi sekarang dah minat huhu. Eloklah bagi perempuan prepare duit banyak dekat sini beli mask yang murah, lotion yang wangi dan comel dll. lelaki yang suka shopping jangan risau sebab kedai berjenama lain pun banyak, H&M, Uniqlo, Adidas dll. Ape pun Myeong-dong tempat yang wajib pergi dan spend 3-5 jam kot hihi. Tapi perkara yang aku ingat kat sini, aku masuk fitting room bersama 3 helai baju dan solat. Al-maklumlah, Korea kan takde surau. Alhamdulillah berjaya >,< !





Nami Island
Sebut Korea je mesti terbayangkan Nami Island. dan memang sah terbayang Winter Sonata lakonan Bae Yong Joon dan Choi Ji woo, siap ada tempat khusus bagi detik-detik penting dalam cerita tu lagi. hehe. selain berjalan pusing-pusing Pulau Nami, boleh makan Hanbing dan makanan famous juga dekat sini ialah Nasi Goncang [klik untuk video pendek], ada macam-macam lauk tapi kitorang cuba tuna je dan boleh tahan sedap juga :D


info tambahan, kalau korang tiba-tiba sakit tekak boleh cari ni. aku pergi kedai runcit bawah hostel dan cakap 'mokkande' sebab tour guide ajar (aku tak tahu spelling dia macam mana haha).


info tambahan lagi, ni ialah soupy tteokbokki yang sedapppp, tapi aku lupa nak ambil tahu makan kat mana time ni sebab tengah demam. lol. satu pan ni kitorang makan 4 orang (itu pun kenyang melampau tapi bila tengok orang korea dekat sebelah, relaks je makan 2 orang haha) dan aku ada google, resepi ada kat SINI -- website ni ada pelbagai jenis resepi masakan korea :D

so, where's next trip? 
July 10, 2017

Tips mencabut kutu babi

by , in
Assalamualaikum.

kutu babi dikenali dengan nama pirah, sengkenit atau tick (english).  kutu babi ialah parasit luaran yang hidup dengan makan darah pada mamaliaburung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia (wikipedia).

foto kutu babi
source: google image

minggu lepas aku rasa sakit di bahagian lutut, tapi bila tengok macam tahi lalat (yang nak jatuh) sebab kecil je jadi aku biarkan lah. lepas tiga hari, makin besar dan makin sakit sampai tak boleh nak sujud betul-betul. so, aku menjenguknya dengan lebih dekat dan rapat. so bad, tahi lalat berkaki lapan! aku usik-usik dengan tangan tapi makin sakit, nak tarik apatah lagi. aku whatssapp family and kawan-kawan tanya perlu buat apa, mereka suruh buka youtube 'How to remove tick' [klik untuk tengok], tapi serius aku tak berani. aku call kawan untuk bawa aku ke klinik sebab aku yakin doktor berani. haha. bila sampai klinik, doktor tengok sepintas lalu je terus ambil tweezer (sambil tanya aku ada masuk hutan mana-mana) dan picit kutu babi sampai mati dan keluar darah yang dia hisap. lepastu baru doktor tarik menegak. rasa apa waktu ni? serius sakit sangat! kawan aku kat sebelah boleh pula dia gelak-gelak. psstttt. doktor dah pesan, lepas cabut ni akan bengkak dan sakit. tapi tak tahu selama mana sakit ni sebab dah seminggu, sakit kat lutut aku ni tak hilang lagi. mungkin nanti akan baik je.

apepun,  kalau terasa digigit oleh kutu babi, korang boleh cuba untuk tarik sendiri atau ke klinik terus okey :)