SEOUL, Korea (Part III)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo!
bersambung dari Part I dan Part II

mulakan pagi dengan banana uyu. satu ni 1200 won, kalau sini around RM5. tapi memang sedap! ada flavour banana, strawberry, coffee ^^


KUFAH berkolaborasi dengan Generasi Mahasiswa Korea (GMiK), berjumpa di Dongyang Mirae University, briefing perjalanan program Islam Saranghaeyo 4.0 (street dakwah), pembahagian kumpulan dan tempat yang harus dituju. and here we go! naik bas dari Mirae University ke Youinaru Park, 2600 won.


Youinaru Park sangat cantik! udara nyaman, tempat bersih terletak di sepanjang Hangang. Sini lah kami street dakwah sebab ramai orang picnic, so sesuai lah untuk edarkan pamplet but seriously memang bukan senang. kalau dekat Malaysia pun orang taknak, apetah lagi dekat sana dengan kekangan berbahasa dan sebagainya. tapi alhamdulillah, habis juga pamplet :)

Jiah dan aku sempat berbasikal kejap, 10 minit. haha.





meneruskan perjalanan ke Itaewon, melawat masjid pusat di Seoul. Itaewon ni katanya tour guide tempat orang kaya-kaya and kat situ ada masjid dan ada juga club. dan Itaewon ni memang banyak restoran halal, macam muslim street gitu.


Then, kami menziarahi tempat Ikatan Keluarga Muslim Indonesia (IKMI), lupa lah nama tempat tu. huhu. tapi seronok sangat sharing moment dengan diorang. ada yang berpengalaman 9 tahun bekerja di Korea and sponsored by manager (tempat dan makan minum). How they survived dalam keadaan muslim minority (macam mana diorang solat kat tempat kerja, jihad wanita kat sana nak kekal dengan pakaian menutup aurat dan sebagainya), hebat lah mereka ni! tapi bukan senang juga nak dapat kerja di Korea, mereka perlu menjalani ujian bahasa dulu. apepun, gaji agak lumayan sampai ada geng aku ni nak kerja sini pulak. hahaha. 

Part IV soon...

1 comment:

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)