SEOUL, Korea (Part II)

Assalamualaikum. Anneyonghaseyo!

bersambung dari Part I,
Hari kedua di Seoul. Tempat pertama ialah Bongeunsa Temple.

Bongeunsa Temple ni sangatlah besar kawasannya. Dalamnya ada beberapa buah temple yang dikatakan berlainan fungsi dan ada pengkhususan masing-masing. Antaranya temple untuk memohon ampun (seperti mendoakan roh-roh yang telah meninggal dunia agar dijauhkan dari neraka), temple spirit (atau juga dikenali dengan korean tradition temple dan sembahyang mereka tu dengan cara minta perlindungan dari bukit-bukit) dan banyak lagi. Tapi, ada satu temple yang dikatakan sebagai temple menyeluruh (buat semua benda kat sini). Siapa yang datang temple? On that day, semua yang aku jumpa dalam temple yang tengah sembahyang atau yang duduk di luar semuanya golongan tua dan berusia (macam sama saja dengan situasi masjid di Malaysia. huhu). aku persoalkan mana yang anak muda tapi katanya mereka datang juga tapi pada hari minggu (wallahua'lam). 



penceritaan yang jelas tapi laju. haha.


 Setiap langkah perjalanan hidup Siddarta Gautama bermula dengan mimpi gajah putih sehingga beliau mencapai nirvana diceritakan dengan lukisan mural di sekeliling temple.

temple spirit.

ini je temple yang boleh ambil gambar dekat dalam. temple lain semua tak boleh. just masuk dengar mereka baca-baca ayat zikir mereka :)

future monk

Patung Buddha berdiri ini adalah Gautama Buddha yang dinanti oleh golongan Buddhist. 
Mereka percaya 15.7 billion tahun lagi dia akan muncul turun ke Bumi untuk menyelamatkan manusia (macam kepercayaan kita kepada imam mahdi)




sebenarnya kami sangat gembira dapat unni atau ahjumma ni (wujud konflik nak panggil dia apa sebab dia gelak bila aku panggil ahjumma tapi bila panggil unni nampaknya makin tergelak >,<). baik dan peramah sangat. layankan je kitorang bahkan terlebih layan lagi. haha. sedih pulak bila nak berpisah, siap peluk bagai alahai unni :'D




Then, kami sambung perjalanan untuk mengisi perut di restoran halal, berdekatan dengan Myeong-Dong. makan nasi ayam, so Malaysian :D lepas makan, terus solat dekat restoran tu sebab nak menyambung perjalanan ke Namdaemun Market!






tak beli pun, tak minat kpop. harap maklum. haha
Namdaemun Market ni lah tempat beli souvenier murah-murah seperti keychain, fridge magnet, brooch, baju 3 helai 10,000won dan seumpamanya. Murah lah dibandingkan dengan tempat-tempat lain. haritu spent masa dua jam je rasanya, sesungguhnya tidak cukup arghhhh! huhu. 

lepas shopping sikit, terus bergerak ke Children Grand Park untuk slot pertama bersama G-MiK (Generasi Mahasiswa Islam Korea), sharing moment gittew. 







dan sesungguhnya suhu pada waktu tu paling sejukkkkk pernah aku rasa. menggigil tubuh dengan gigi sekali haa :D sejuk sangat-sangat sampaikan aku tak mampu nak tangkap gambar dengan kamera sendiri. so, some of this pictures credited to FB Solehah. Thanks Sol, hehe :D

kemudian, dinner lah pulak kita. dekat dengan hostel je, Jalan Insadong. Makanan seafood ya rabbi sedapnya. seaweed dia sedap dan meja aku tambah 3x kot (side dish yang mangkuk kecik-kecik tu boleh tambah and free of charge, so apa lagi hehe). Ada yang lagi sedap iaitu sup jjigae. serius yang ni sedapppp! dulu pernah makan jjigae dekat Duboyu Midvalley tapi takleh telan dan akhirnya Sol yang habiskan tapi kali ni, berebut-rebut dengan Sol. hahaha.


lepas kekenyangan, menyambung perjalanan ke Cheonggyecheon. dekat area situ je tapi jalan kaki lebih kurang 2km jugak la. Apa yang menarik? dekat tengah-tengah bandar Seoul, ada sungai buatan lebih kurang 6km dan its so beautiful! Tapi sebenarnya dulu memang sungai asli, kemudian dibina flyover, diruntuhkan flyover tersebut dan buat balik sungai. kos yang dihabiskan sangat besar, ramai masyarakat korea membantah sebab berhabisan duit semata-mata itu. sekarang, semua okey je memandangkan ketenangan juga lah dalam bandar tu dengan adanya sungai ni. En. Saufi kata, kalau musim panas ramai je kanak-kanak mandi. kadang-kadang ada event lantern dan sebagainya. 




Seoul di malam hari

kemudian, pulang ke hostel dan tidur dengan lenanya. panjang betul perjalanan hari kedua.
SEOUL, Korea (Part III) and day 3 coming soon..








No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)