December 28, 2017

3 Movie Korea yang Wajib Korang Layan!

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

sekarang aira banyak layan movie. no more drama korea sebab penat nak marathon berpuluh-puluh episod. Top 3 movie pilihan aira ialah:

1) Midnight Runner 

movie korea terbaik, movie korea lucu, movie korea
source: google image
Midnight Runner ialah movie baru yang dibintangi oleh Park Seo Joon dan Kang Ha Neul. Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang dua orang ahli baru akademi polis yang cuba menyelamatkan sekumpulan gadis yang diculik oleh penjenayah (penjenayah menggunakan gadis-gadis ini untuk sindiket penjualan ovum mereka). aira rate 10/10. memang best sangat! kelakar but at the same time penuh action. rugi kalau tak tengok!

2) The Man From Nowhere

movie korea best, movie korea terbaik
source: google image
The Man From Nowhere mengisahkan tentang seorang lelaki yang anti-social, didekati oleh seorang kanak-kanak perempuan. Tiba-tiba kanak-kanak tu hilang dan dia mula mengesyaki sesuatu. Review penuh aira ada up entry dekat SINI. This movie pun wajib tengok! aira rate 9.8/10. kalau mudah tersentuh, boleh nangis tengok cerita ni sebab aira ada recommend dekat sorang ni, end up dia menangis sebab sedih sangat πŸ˜ƒ

3) The Flu

movie kore, movie action korea, the flu korean movie
source: google image
The Flu menceritakan tentang satu wabak yang merebak di Korea akibat kedatangan pendatang asing. Soo-Ae seorang doktor, mula mencari penawar kerana anaknya turut dijangkiti wabak tersebut. Cerita ni banyak suspens. review penuh dekat SINI. aira rate 8/10. recommended!

selamat menonton!

December 27, 2017

Tips Bibir Cantik dengan 3 Bahan Mudah

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

semua orang suka bibir cantik tak kira perempuan atau lelaki. Tapi of course perempuan lebih mementingkan kecantikan bibir, sebab tu wujudnya lipstik pelbagai warna. lepas dah pakai lipstik sepanjang hari, kadang-kala bibir  kita akan kering dan menggelupas. satu tips yang sangat membantu untuk merawat masalah ni ialah dengan melakukan lip scrub! lip scrub berfungsi sama juga seperti skrub muka iaitu untuk menanggalkan sel kulit mati. 

Tips bibir cantik dengan 3 bahan mudah
source: google image
Banyak juga produk skrub bibir di pasaran, murah dan mahal semua ada. tapi aira guna bahan semulajadi je, semua bahan ada dalam rumah. Bahan-bahannya ialah: 

Castor Sugar, Madu dan Olive Oil. 

campurkan semua bahan di atas. sapukan di seluruh permukaan bibir. sambil sapu, sental jugak sikit-sikit. jangan kuat sangat nanti terlebih sakit pulak. lebih kurang seminit hingga dua minit sapu dan sental, bilas dengan air. jangan lupa untuk skrub bibir ni paling kurang 3-4x seminggu. hasilnya memang awesome guys, korang kena cuba! 
December 21, 2017

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Yeahh hello everyone! aira baru saja pulang dari jalan-jalan cari makan di Krabi dan Hat Yai. saja menjelajah sempena cuti sekolah (acah macam budak sekolah πŸ˜‚). Menjelajah dengan kereta sahaja, konvoi 2 buah kereta. Kitorang masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
sempadan Bukit Kayu Hitam
Pengalaman yang aira taknak lalui lagi. stuck dekat sempadan nak masuk ke Thailand for almost 2 hours and 15 minutes since 10.40am. Oh my God! serius penat wehhh duk dalam kereta je. Bosan. kenapa lama sangat? aira pun tak sure lah, mungkin sistem Thailand kurang elok berbanding Malaysia yang everything scan je. so, #sistabah. Aira pernah masuk Thailand sebelum ni tapi melalui sempadan Golok, kejap je untuk penyerahan keperluan kereta. memang berbeza sangat masuk melalui Golok dan Bukit Kayu Hitam. Nightmare! hahaha πŸ˜‚

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
lunch di Sakura Premium
so, after long waiting in the car, kitorang terus ke Hat Yai, cari makan dulu sebelum bergerak ke Krabi. perjalanan dari Hat Yai ke Krabi lebih kurang 300km, so estimate maybe dalam 3-4 jam. Tapi entah kenapa bila drive tu jauh sangat rasanya. macam dah tak larat nak tekan minyak. haha. Mungkin sebab aira drive sendiri atau mungkin juga sebab jalan tak biasa kita lalui.

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
Cozy Place, tempat penginapan
so, sampai Krabi dah lewat petang dalam pukul 6 rasanya. Terus cari hotel (dah booked awal) and naik rest kejap sebelum turun cari makan malam. Kami cari hotel bajet je sebab datang ramai kan, so hotel yang terpilih ialah Cozy Place. Not recommended. Sebab nak check in punya lah lama padahal bilik kita booking awal. Then, bilik tingkat 4 dan tiada lif. ermmm. kudrat muda macam aira memang lah okey. Tapi kalau mak aira memang tak berapa nak larat la naik tangga. Jarak ke AoNang Beach just nice, 800m boleh jalan kaki bersiar-siar. Sebenarnya semakin dekat hotel kita dengan pantai, semakin tinggi harganya so kalau nak tengok other hotel, boleh baca SINI, aira ada review hotel best.

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
pelbagai pilihan pancake

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
Chocolate Banana Pancake

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
muslim street
lepas rehat kejap dekat bilik, kitorang turun jalan-jalan cari makan area muslim street. macam-macam ada ye, dari makanan berat hingga makanan ringan. paling best di Krabi? Pancake! yes pancake memang pelbagai perisa, banana chocolate, banana nutella, mango susu dan lain-lain. memang sangat nikmat lah makan pancake ni. entah berapa biji kitorang makan, banyak sangat!! harga satu pancake normally 40-60 baht sahajerrr. wajib cuba okey!

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
breakfast
The next day, kitorang jalan-jalan je sambil cari breakfast. untuk breakfast, gerai kak Mai je yang bukak so makan lah kami di situ. Kak Mai asal Kelantan tapi husband dia orang Thai so dia dah berhijrah lebih kurang 30 tahun. makanan okey dari segi harga dan rasa tapi ayam goreng memang sedap!!

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
on the way to AoNang Beach

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
AoNang Beach

Trip Hat Yai, konvoi kereta ke Thailand
me @ AoNang Beach
kami ke Krabi kali ni memang tak pergi pulau pun. its not the main reason kami ke sana. saja suka-suka kenal tempat. lagipun my sister dah pernah ke pulau so dia taknak. kira aira datang macam nak melawat kawasan gitu sebab ada perancangan nak holiday sana tahun 2018 dengan kawan-kawan, in shaa Allah. kalau tak pun, untuk honeymoon entah tahun bila, ameen. hahaha 😝

Baca juga: Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N (part II)





December 19, 2017

Beli Sandals Cantik dan Berbaloi Secara Online

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai, wow tak sangka cepat betul masa berlalu kann? Disebabkan tahun baru 2018 bakal menjengah, elok juga kalau ada sesuatu yang baru untuk diri sendiri supaya lebih bersemangat. hihi. so, aira rasa bagus juga kalau ada sandal baru. semua orang tahu, perempuan memang tak cukup dengan satu sandal. at least perlu ada sandal jalan-jalan dekat, jalan-jalan jauh. haha, kan? 

Website paling best untuk cari sandal yang cantik dan berbaloi of course di Zalora. Kenapa Zalora? sebab Zalora adalah website yang sangat dipercayai. aira memang selalu usya Zalora tauu. Memang senang sangat nak cari barang-barang fashion dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. kalau nak cari sandal, firstly buka website Zalora klik bahagian women → shoes

Sandal Cantik di Zalora
Main Page Zalora 
Disebabkan banyak sangat pilihan, kita boleh pilih untuk shopping by Top Brands ataupun mengikut kategori yang kita perlukan. Jangan risau, kalau Top Brands tu semua original! itu yang best, boleh shopping tanpa ragu-ragu. 

Sandal Cantik di Zalora
kategori kasut wanita

Sandal Cantik di Zalora
ruangan filter

Lagi best bila kita shopping sandal online di Zalora ni, kita boleh filter dari segi saiz, harga, warna dan brands. senang kan? tak perlu lagi rasa hampa bila kita berkenan dekat satu sandal tu tapi tiba-tiba tuan kedai kata takde saiz (aira selalu hadapi masalah ni bila beli dekat kedai πŸ˜‚). bila beli online, kita boleh letak bajet harga untuk memudahkan pencarian. yes, that's why i love Zalora!

Tapi sekarang ni mesti ramai yang risau kalau beli sandal online sebab takut bila sampai dekat rumah, tak muat sebab terlebih besar atau terlalu kecil kan? no worries lah, korang boleh google dulu saiz yang korang biasa pakai, kalau saiz UK/US/EU jadi berapa. so, selesai masalah dan bolehlah shopping di Zalora under 'Women Sandals' tauuu! 

p/s: if you can see, aira pun dah masukkan dua jenis sandal dalam wishlist. hihi. tunggu masa nak check out je tuuu πŸ˜†

December 11, 2017

Resepi Mudah Lava Chocolate Cake

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

aira akan share resepi mudah nak buat lava chocolate cake. Aira buat ni sebab beberapa hari lepas tengok rancangan afc, kebetulan sorang chef indon tengah buat dessert. Nampak mudah sangat walaupun dia tak bagi sukatan untuk bahan-bahan. so, resepi ni aira sukat sendiri lah jadinya. gambar step by step tiada ye sebab first trial, i thought tak menjadi la, tapi rupanya menjadi. haha. in shaa Allah boleh faham je step by step ni.

lava chocolate cake
bahan-bahan

Bahan-bahan:


1. Beryl's chocolate compound 200g (brand lain pun okey, tapi Beryls paling best ye)
2. Anchor Unsalted butter 80g
3. Castor Sugar 5 sudu besar
4. Telur (B) 4 biji - (2 biji telur penuh, 2 biji lagi telur kuning sahaja)
5. Tepung kek (self raising flour) 8 sudu besar
5. Peanut butter (optional)

Cara-cara:

1. masukkan chocolate compound + unsalted butter dan masak secara double boiler (bekas chocolate dalam air mendidih) sehingga cair
2. pukul telur + castor sugar dalam bekas lain
3. masukkan campuran coklat + butter yang telah cair ke dalam bekas telur + gula
4. masukkan tepung kek secara berperingkat dan kacau sehingga sebati
5. masukkan ke dalam bekas kecil menggunakan scoop ice cream (2 scoop adunan chocolate cake, peanut butter then 2 scoop adunan chocolate pulak)
6. bakar pada suhu 250 darjah selama 15-20 minit


Tips:

*bekas kecil yang kita nak bakar kek tu, sapu marjerin terlebih dahulu seluruh bahagian dalam bekas. kemudian salut bahagian dalam dengan tepung untuk mengelakkan kek melekat.

*suhu memang kena tinggi sebab kita nak bakar kek bahagian luar sahaja.

selamat mencuba guys! resepi mudah sangat, pastu sedap tak tipu!!


December 04, 2017

Cara Mohon Google Adsense Selepas Penukaran Domain

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Aira sebenarnya baru ada domain dotcom, sebelum ni guna blogspot. birthday domain baru pun belum cukup sebulan. hihi. The main reason aira tukar domain adalah supaya mudah nak ingat URL sebab sebelum ni macam susah sikit. so, selepas tukar domain dengan bantuan sis awa, aira agak terkilan sebab adsense hilang. rupanya bila tanya pakar, itulah padahnya bila tukar domain, adsense akan menghilang.

Tapi jangan risau sebab ada cara untuk mohon google adsense kembali, boleh ikut step dekat bawah ni ya.

1) Log masuk akaun Google AdSense > My ads > Other Product


cara mohon adsense selepas penukaran domain
cara mohon adsense selepas penukaran domain
2) Masukkan URL blog yang baru dan ikut arahan iaitu copy and paste code yang diberikan ke dalam template selepas word <head>.

Cara mohon google adsense selepas penukaran domain
masukkan URL blog
pic source from google


3) Done. Pihak Google AdSense akan mengambil masa 3 hari atau lebih untuk review website kita dan keputusan akan dihantar melalui email samada lulus atau tidak.

Cara Mohon Google AdSense selepas penukaran domain
pihak Google AdSense sedang review website.
pic source from google
p/s: aira mohon dua kali selepas permohonan pertama gagal. tempoh yang diambil oleh pihak google AdSense review blog aira lebih kurang satu minggu. Harap psot ini membantu bagi mereka yang tiba-tiba kehilangan ads selepas bertukar domain. thanks kepada Cik Ma yang membantu aira dari awal haritu! 😊
December 01, 2017

Resepi Blueberry Cheese Cake

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

sekarang tengah viral jugak tentang resepi cheese cake menggunakan 3 bahan, kek coklat 3 bahan dan sebaginya. aira belum cuba lagi semua tu, nanti lain kali lah kot. hehe. aira akan share resepi cheese cake tapi menggunakan beberapa bahan yang mudah saja. baca sampai habis tau kalau teringin nak buat dan makan yang sedap hasil tangan sendiri πŸ˜‰

blueberry cheese cake
cheese cake
Bahan-bahan:

{Adunan A}

1) 250g cream cheese (tatura atau anchor - lagi sedap)
2) 100ml susu segar
3) 70g castor sugar
4) 50g mentega
5) 150g yogurt asli
6) 1 sudu pes lemon (perahan lemon)
7) 6 biji telur kuning gred A
8) 80g tepung kek

{Adunan B}

1) 70g castor sugar
2) 6 biji putih telur
3) 1/4 sudu teh krim tartar

blueberry cheese cake
cheese cake
Cara-cara:

1) masukkan cream cheese, susu, castor sugar dan mentega. masak secara double boiler (atas air panas), kacau sebati kemudian masukkan yogurt, pes lemon, telur kuning. kacau sehingga sebati lagi dan sejukkan. 

2) mesin bahan adunan B selama 7-8 minit. 

3) masukkan tepung ke dalam bahan adunan A yang telah disejukkan. kacau sebati. kemudian masukkan adunan B dan kacau lagi sehingga sebati.

4) masukkan dalam loyang. bakar secara double steam (letak loyang kek dalam air) selama 1 jam 20 minit, suhu 180.

blueberry cheese cake
 bahan adunan B

Dah siap bakar, letak topping blueberry. makan tanpa topping pun best tau!

blueberry cheese cake
blueberry cheese cake

blueberry cheese cake
blueberry cheese cake
selamat mencuba!

November 29, 2017

Bantal dan Mousepad dari Printcious.com

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Hello everyone! thank you for coming and reading this post. May Allah bless you. Post kalini nak cerita pasal Printcious.com lagi. Lagi? hihi, ye sebab sebelum ni dah ada beberapa post tentang printcious, boleh baca dekat SINI tau. secara ringkas dan padat (bagi sesiapa yang tak klik link tu), Printcious.com adalah sebuah website yang menyediakan barangan-barangan yang boleh di'customize' mengikut cita rasa sendiri seperti baju, bantal dan lain-lain.

so, kali ni aira guna lagi voucher yang ada memenuhi kehendak hati, hehe. sukanya dapat melayan kehendak πŸ˜‚ Aira pilih dua barang iaitu bantal dan mousepad. kalau sebelum ni aira beli bantal yang dah siap design tapi kali ni saja mencuba design sendiri pulak.

barangan printcious
bantal dan mousepad

mousepad printcious
mousepad

Bila design sendiri, simple je lah yang mampu. lagipun, memang aira minat benda yang kemas dan simple. pastu biasalah, bila design sendiri acah nak puji diri sendiri pulak. haha, nasib lah badan!

Alhamdulillah, tak pernah kecewa bila order dengan printcious. semua cantik seperti yang kita nak. bagi sesiapa yang nak join membeli-belah juga, sila ke website https://www.printcious.com/my sebab setiap masa printcious ni bagi harga diskaun, kadang-kadang 30%, 50% dan 70%!

November 27, 2017

Review Faraalipbutter by Fara Hanim Razak

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Good morning semua! harap semua sihat walafiat harini. Kali ni review barangan yang aira beli sendiri, this is non-paid review.  korang pernah dengar tak faraalipbutter? kalau korang fans kepada farahanimrazak, mesti korang tahu yang faraalipbutter adalah hasil produk dari beliau. mesti korang kenal dia, cantik pastu tengah pregnant twin pulak. hehe. so, aira memang follow ig dia sejak lama dulu, sebelum dia keluarkan produk lagi. lepas dia keluarkan produk faraalipbutter, terus tak terhenti melintas di hati untuk beli jugak. setelah lama perhatikan feedback di instagram, banyak komen yang positif, mestilah makin teringin untuk mencubanya sendiri. 

faraalipbutter, lip balm farahanim
faraalipbutter

Product name: 
Antioxidant Faraalipbutter Caramel Mint

Price: 
RM55

Description: 
Faraalipbutter packed with nourishing jojoba oil, sunflower seeds, beeswax and olive to keep your lips hydated and beautifully protected

faraalipbutter, lip balm
faraalipbutter

My review:

of course benda pertama yang sangat menarik hati ialah packaging! packaging sangat lawa, cantik dan cute. perempuan kan suka dengan benda cute. about the lipstick, banyak benda yang tak sama dengan feedback tapi ni bagi aira okey. jangan kecam. first, bila nak oles macam susah sikit, tak smooth. second, faraalipbutter ni sebenarnya ada flavor iaitu caramel mint so i thought bau yang biasa biasa je tapi rupanya aira tak boleh bau ni. bau yang sangat pelik dan kuat bagi aira untuk letakkan di bibir. bau yang boleh memeningkan kepala haha dasyat kan? aira pun cuba tanya mak, sebab takut aira tersalah bau ke ape tapi mak pun kata mak tak boleh dengan bau kuat macam ni. third, bila dah apply, acah-acah nak jilat sikit sebab nak tahu rasa apa dan hmm menyesal jilat weh. serius, rasa pelik, tak boleh tolerate πŸ˜‚ Tapi ini semua bagi pandangan aira semata-mata, bagi orang lain mesti pengalaman berbeza kan? sebab ada je yang suka bau dan rasa mint, terpulang pada diri sendiri. 

that's all. kalau tanya i nak repeat ke tak, korang rasa? hehe sorry of course nope tapi aira tetap peminat fara hanim okeyyy hihi πŸ˜ƒ 


November 14, 2017

Elianto Compact Powder

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Elianto Compact Powder | Girls and barang make up tak pernah terpisah, even yang tak suka make up pun mesti ada bedak baby johnson nak tempek dekat muka tu. hehe. kalau tak letak pape dekat muka mesti rasa kosong kan? jarang yang naked face bebetul bila keluar rumah kecuali yang sememangnya ditakdirkan kulit flawless. so, harini aira nak share pengalaman aira sendiri menggunakan Mattifying Two Way Cake atau compact powder dari brand Elianto. mesti pernah dengar Elianto kan? Elianto merupakan satu produk kosmetik yang berasal dari Itali. Maksud Elianto itu sendiri ialah 'sunflower' dalam bahasa Itali. Sekarang, produk Elianto telah kukuh bertapak di Malaysia terutama di mall utama.

elianto review

Compact powder ni sebenarnya barang pertama yang aira beli dari Elianto. kisahnya, aira sedang berjalan-jalan di KLIA sementara menunggu departure time pastu masuk Elianto dan terbeli compact powder dan beberapa item lain. pandai promoter tu. hihi. but thanks to akak promoter sebab aira memang jatuh cinta dengan compact powder ni! Inilah satu-satunya compact powder yang aira pakai sampai habis dan re-purchase 😁

elianto
kenapa aira suka compact powder ni?
  1. Two Way Cake. Maknanya kita boleh pakai compact powder ni dengan dua cara samada secara wet  (dengan membasahkan span) untuk maximum coverage atau dry untuk medium coverage. Aira lebih suka pakai dry sebab nampak natural je!
  2. bekas yang elegen dan senang di bawa ke mana-mana.
  3. Mampu milik, RM39.90 sahaja
elianto review
after 5 months
Lastly, aira memang suka this compact powder. Dan sebenarnya aira dah berjaya mempengaruhi kakak dan kawan untuk terjebak sama memakai ni. haha lol 😝 korang ada produk dari Elianto tak? share la, mana tahu aira teringin nak cuba yang lain pulak.







November 10, 2017

Beli barang kosmetik original di qliashop!

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Salam jumaat to all readers! Moga sihat sejahtera sentiasa, in shaa Allah. Di hari yang mulia ini aira menyeru supaya kita kaum hawa tidak mudah terpedaya dengan barang kosmetik yang tidak original. kenapa? Mestilah sebab membahayakan kulit muka! Dah berapa ramai wanita di luar sana mengalami kerosakan kulit muka yang teruk akibat daripada fake products. Memang betul, barang fake sangat murah tapi kena ingat kalau dah rosak muka, banyak pulak kos yang perlu dikeluarkan. banyak yang aira baca pengalaman orang lain di facebook, mostly berhabis duit untuk kembalikan kulit muka yang asal, perlu consult dengan doktor pakar dan sebagainya. And of course semua ni mungkin lebih banyak fulus yang keluar berbanding dengan harga kosmetik original. Apa salahnya menyimpan sedikit demi keselamatan dan kepuasan diri sendiri dengan original cosmetics, ye dok? hihi. Macam aira, beli barang yang aira nak atas alasan reward diri walaupun bukan ape sangat, tapi ianya tetap satu kepuasan.

So, salah satu personal shopper yang dipercayai dalam urusan pembelian kosmetik original ialah qliashop! qliashop telah beroperasi sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh sis Nadia Madzlan. Kebanyakan produk yang dijual olehnya adalah dari Aussie, UK dan US. Harga yang dijual juga sangat berpatutan, serius wehh memang sangat berbaloi! And one more perkara yang menarik di qliashop, sis Nadia juga turut menawarkan servis make up muslimah untuk event dan bridal di area Kedah dan Penang, that mean no fake eye lashes as we know fake eye lashes tu haram kan dalam Islam 😊 




And happy to say to uols, qliashop sedang mengadakan giveaway besar-besaran! Giveaway yang teramat mudah syaratnya tapi hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu Huda Beauty Liquid Matte Lipstick, Maybelline Fit Me Foundation and Maybelline Master Setting Spray. Apa yang penting? semuanya original dan barang mahal tuu! hehe. Untuk maklumat lanjut tentang qliashop dan giveaway yang sedang berlangsung, cepat follow:

instagram: @qliashop


November 09, 2017

Padi Box Homestay, Sekinchan

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Good morning guys! Minggu lepas, selepas majlis konvokesyen (cerita konvo dekat SINI), aira pergi bermalam di Padi Box Homestay dengan kawan-kawan sebelum tunggu hari konvokesyen fakulti. Padi Box Homestay terletak di Sekinchan, Kuala Selangor. Padi Box Homestay terletak di kawasan sawah padi berkonsepkan kontena. Perjalanan dari Bangi ke Sekinchan mengambil masa hampir dua jam dan sebenarnya homestay ni tidak jauh dari jalan utama (ingatkan jauh masuk bendang dan jauh dari rumah orang, haha).

review padi box
depan Padi Box

kami sampai di Padi Box jam 2.45 petang dan terpaksa menunggu di dalam kereta sebab waktu check in pukul 3.00 petang, memang tak boleh nak check in awal sikit. huhu. First impression waktu sampai dekat sini sebenarnya tak berapa teruja sebab rasa macam tak sama dengan gambar. haha. Maka, kami melayan rasa sedikit kuciwa dengan tidur di dalam bilik πŸ˜†

bilik padi box
bilik untuk 4 orang
source google image
Kami pilih bilik di tingkat atas sebab pemandangan lebih cantik dan menarik. Disebabkan konsep kontena, so kita kena pasrah la dengan keadaan bilik yang kecik. hihi. Walaupun bilik kecil, tandas boleh tahan besar jugak. so bagi aira just nice lah dengan harga dan kelengkapan lain seperti towel dan sebagianya. Harga for 4 pax room RM158/night

review padi box
ke bilik tingkat atas

review padi box
ruangan santai

Bila keluar dari bilik sebelah petang, kekecewaan terhapus sebab view cantik sangat, sebab suasana petang kot. memang banyak port yang menarik untuk bergambar dengan keadaan awan mendung petang.

review padi box

review padi box
cafe layan diri
review padi box
Ruangan cafe


Padi Box Homestay juga ada ruangan cafe layan diri di tingkat atas, seriously cafe ni memang lawa dan menyediakan kelengkapan asas, berfungsi 24jam. tetamu boleh duduk berbual sambil melayan je padi yang makin berisi makin tunduk πŸ˜†

Mengikut website padi box, beberapa aktiviti boleh dilakukan ketika bermalam di sana seperti melihat kelip-kelip, eagle feeding dan sky mirror. semua tu boleh berurusan dengan pihak mereka tapi kitorang pergi kelip-kelip sendiri saja sebab taklah jauh sangat dari padi box, around 30-40 minutes (nanti aira cerita di post yang lain okey)

Overall, bagi aira padi box ni just nice bagi mereka yang sukakan kehijauan dan selfie. lol. memang banyak port yang menarik even kontena yang warna-warni pun cantik sangat tau untuk dijadikan background.

That's all, Have a nice day!


November 07, 2017

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

selamat pagi! semoga sentiasa ceria ye. harini aira nak memperkenalkan satu produk skincare berasaskan bahan-bahan semulajadi iaitu TROPIKA Face Cleansing Oil. untuk pengetahuan korang, produk semulajadi adalah sangat baik bagi mengembalikan kulit yang lembut, sihat dan selamat. 

tropika skincare
TROPIKA Face Cleansing Oil

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih ini dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang  berfungsi 3-dalam-1;
(1) menanggalkan make up (2) membersih dan (3) melembapkan kulit. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki tona kulit. 

TROPIKA Face Cleansing Oil dicipta khusus bebas daripada Paraben dan Fragrance.

cleansing oil tempatan
details on the bottle


Ingredients:

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi, mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob, membantu mengekalkan kebersihan liang-liang pori dan menghalang kecacatan.

Vitamin E - Bagus untuk mengurangkan garisan halus, kedutan, dan bintik-bintik.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata dan perubahan warna. Secara tradisional, ianya digunakan untuk mencerahkan kulit.


Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.

How to Apply?

1. Sapukan pada kulit kering. Urut secara lembut dalam bentuk bulatan.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas muka dengan air bersih.

Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?

Semua orang boleh menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil samada mereka yang suka ber'make up' mahupun tidak. Sesuai juga bagi mereka yang sangat mementingkan keadaan kulit sihat dan gemarkan produk semulajadi.

p/s: mengikut pembacaan aira, Cleansing Oil sangat penting untuk membuang segala kotoran dekat muka dan menghalang pori-pori daripada tersumbat. At least, gunakan cleansing oil sekali sehari. Maka, setiap orang wajib ada cleansing oil dan boleh cuba TROPIKA Face Cleansing Oil ni! Aira dah cuba, memang senang sangat nak tanggalkan make up! Anda bila lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh ke:

instagram: @tropikaskincarehq


November 05, 2017

Tasweer.arts | Photographer Based on Kelantan and Kedah

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Tasweer.arts | Photographer Based on Kelantan and Kedah | Happy sunday guys! Semoga sihat walafiat ye semua. Hari ni aira dah masuk kerja balik setelah bercuti selama seminggu sempena majlis konvokesyen. hehe. Aira ada share post konvokesyen di SINI dua hari lepas dan ada maklumkan yang aira ada menggunakan khidmat photographer bagi pre-convo.

Terjebak jugak dengan frasa pre-convo memandangkan zaman serba moden sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ber'pre-convo'. Dan mostly mereka yang pre-convo menggunakan khidmat photographer. sekali lagi aira terjebak untuk mengambil photographer for the best shot! haha. lagi pun, kalau guna photographer ni senang dan sangat mudah, mereka dah ada idea gaya apa yang perlu kita buat. so jangan risau lah kalau korang jenis kayu and bukan photogenic sebab semestinya di dalam gambar anda tak akan nampak kayu sama sekali! Jangan risau, okey?

So kali ni aira akan memperkenalkan photographer yang menjadi pilihan hati untuk photoshoot pre-convo iaitu tasweer.arts.  Aira memang suka tengok koleksi gambar tasweer.arts, sangat kemas, sweet dan cantik! Pemilik tasweer.arts dikenali sebagai Umar. Aira kenal umar sebab dia husband kepada jiran depan rumah, Fatiah (my childhood friend). So, aira roger dua hari sebelum tarikh shooting sebab perasan kereta diorang ada dekat parkir rumah. Alhamdulillah, tarikh yang aira nak masih available. yeayyy!

hajat utama nak shooting untuk diri sendiri dekat kawasan rumah tapi lain pula jadinya sebab tiba-tiba teringat lagi seronok kalau shooting dengan nenek dan anak buah yang tak dapat pergi ke Majlis Konvokesyen kan? lagipun, macam segan nak photoshoot seketul diri ini. haha
photographer
me and my grandma

photographer
me and my mom

photographer
me and my father

photographer
family πŸ’›

tasweer.arts bukan sahaja menerima tempahan shooting untuk konvo sahaja tetapi aktif shooting untuk majlis perkahwinan dan lain-lain. setahu aira, tasweer.arts mengambil tempahan shooting di kawasan Kelantan, Kedah dan kadang-kadang di Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan dan hasil gambar-gambar yang lain, boleh  ke instagram : https://www.instagram.com/tasweer.arts/

have a nice day!


November 04, 2017

Bantal Comel dari Printcious.com

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

selamat pagi everyone! Pertengahan bulan oktober lepas, aira ada place order dari website printcious. itu pun setelah dihitung tak tahu nak bagi hadiah apa untuk si dia sempena birthday bulan 8 haritu. haha dasyat betul aira mengambil masa untuk berfikir hadiah untuk lelaki, pening fikir tau, complicated mengalahkan soalan spm! haha. 

Tapi alhamdulillah, dengan bantuan dan kemudahan di website printious, aira dah jumpa benda yang sesuai untuk si dia mengikut citarasa dan karakter dia! Kenapa aira katakan mudah? 

First of all, website printcious sangat mesra pengguna. website ni telah meletakkan beberapa kategori yang bersesuaian mengikut keperluan pengguna dan pembeli. contohnya kategori 'For Him', 'For Her', 'For Husband', 'For Wife' dan banyak lagi kategori lain. Bagi pembeli yang mempunyai masalah seperti aira (masalah tak tahu hadiah apa yang bersesuaian), maka wajib jenguk website printcious tau! Hadiah yang aira tempah ialah bantal dengan tulisan seperti di dalam gambar.

customize hadiah

'Good Morning, handsome' perkataan simple tapi menarik! Cukup lah boleh buat si dia berbunga-bunga dalam hati bila bangun tidur pagi. atau mungkin juga bantal ni boleh buat dia berbunga-bunga di malam hari. hehe.

sebenarnya di website printcious kita boleh mereka cipta design sendiri seperti meletakkan gambar dan perkatan-perkataan hasil luahan hati di beberapa barangan lain seperti mug, keychain, t-shirt, phone cases, button badges, puzzle, baby rompers, bag, caps, apron, lanyard, luggage tags dan banyak lagi. Akan tetapi, aira memilih untuk menempah design yang sedia ada sebab design yang macam ini pun sudah berkenan di hati, cuma aira hanya perlu memilih warna kesukaan untuk dijadikan background. Aira pilih warna hijau sebab si dia sukakan hijau. Tambahan lain, aira pernah baca satu kajian yang mengatakan warna hijau mampu menjadikan mata segar dan nyaman.

printcious, customize hadiah

Saiz bantal ni just nice. senang letak bawah kepala atau boleh juga dijadikan hiasan dalam kereta. Bantal ni juga jenis yang gebu gebas, sedap dipeluk dan material kain pun sejuk. Apa yang lagi penting, sarung bantal ni boleh dibuka dan dibasuh tau! sangat mudah kalau tiba-tiba tumpah air liur basi haha😝

Dari segi proses atau masa penghantaran barang, ianya mengambil masa seminggu lebih sahaja. aira tempah 14 Oktober dan menerima parcel pada 26 Oktober. Alhamdulillah, sempat juga dengan tarikh sebelum aira ke KL untuk hadiahkan kepada tuan punya badan. Nasib baik dia suka hadiah kita bagi ni. hihi. Thank you printcious! so yeah, kalau korang buntu dan mahukan hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah, boleh layari website printciuos: https://www.printcious.com/my
November 03, 2017

My Graduation Day #konvoukm2017

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

selamat pagi everyone! serius lama sangat aira tak update blog, sunyi sepi dari giveaway, reviews mahupun tentang personal life. Sebenarnya aira banyak berulang alik dari Kelantan-Bangi dan stay dekat Bangi seminggu. 

So, post kali ni tentunya tentang Majlis Konvokesyen UKM kali ke-45 yang berlangsung pada 28-31 Oktober 2017. Alhamdulillah, aira berjaya menamatkan tiga tahun pengajian di UKM dengan jayanya, memperoleh Ijazah Sarjanamuda Usuluddin dan Falsafah Dengan Kepujian (Cemerlang). Alhamdulillah satu lagi impian tercapai untuk bawa mak dan ayah masuk sidang canselor iaitu sidang pelajar cemerlang pada 28 Oktober 😊

konvo ukm 2017
konvo ukm 2017

konvo ukm 2017
Aira with mak dan ayah

konvo ukm 2017
family πŸ’›

konvo ukm 2017
me and my favorite boys πŸ’š

konvo ukm 2017
kawan-kawan satu jabatan yang sama sidang canselor. Nazirahani, Farahin, Nadhirah, Fatina, Solehah, Syarihah dan Kak Zu

konvo ukm 2017
junior kesayangan. Rabi, Fatin, Ummie, Fyza, Yus dan Aida Legend

konvo ukm 2017
bff since secondary school, Zulfa from IIUM

konvo ukm 2017
my friend from secondary school, Idham (also my junior from UKM)

konvo ukm 2017
Me before masuk dewan :)

konvo ukm 2017
gifts from family and friends

Terima kasih tidak terhingga kepada mak dan ayah yang sentiasa support dari belakang dari segi motivasi mahupun kewangan tambahan dan lain-lain.

Terima kasih kepada semua pensyarah terutama pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah yang sangat banyak berkongsi ilmu yang sebelum ni aira sangat daif tentang bidang ni, tapi alhamdulillah sekarang jatuh cinta dengan bidang ni sehingga berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, doakan ye.

Terima kasih kepada pihak JPA yang menaja biasiswa sepenuhnya sepanjang tiga tahun pengajian di UKM.

Terima kasih kawan-kawan yang banyak mengajar erti persahabatan, ada yang mengajar aira untuk lebih bersabar dengan pelbagai kerenah manusia dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua yang datang ke majlis konvo aira semata-mata untuk meraikan kejayaan dan kegembiraan ni. Aira doakan kesayangan aira, kawan-kawan dan juniors yang bakal berkonvo tahun depan dan 2 tahun akan datang semoga dipermudahkan segala urusan pengajian ye.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang wish tahniah dan doa yang baik-baik untuk aira di Facebook dan Instagram! Semoga kalian juga memperoleh kebaikan dari Allah SWT.

soon aira akan update gambar pre-convo dari photographer profesional, in case ada yang mencari photographer yang based in Kelantan and Kedah (but sometimes in KL).

p/s: thank you semua yang datang berkunjung ke blog aira. In shaa Allah nanti aira blogwalking qada' yang minggu lepas, hehe :)