pusing Kelantan #2, Kopitiam Kita dan Teh Tarik Madu Pak Mat

Assalamualaikum :)
sambungan cerita dari SINI

destinasi seterusnya yang wajib korang terjah bila sampai Kelantan is breakfast di Kopitiam Kita. Terletak di Kota Bharu berhampiran dengan bandar KB dan juga dekat dengan New Pacific Hotel. seawal pagi lagi kami turun dari rumah sebab rumah aku ke sini around 30 minit *jauh betul pergi breakfast :p*

apa yang menarik? of course signature breakfast Kopitiam Kita iaitu ROTI TITAB! Sedap sangat wehhh!


itu rupa Roti Titab,
bila duduk je kat meja, pelayan akan pergi ke meja dan tanya "nok roti titab berapo?"
haaaa its like menu yang wajib makan sebelum makan makanan lain. hehe :D

selain Roti Titab, pelbagai nasi bungkus dan kuih muih yang dijual seperti nasi tumpang, nasi air dingin, nasi lemak, nasi kerabu, roti jala, pulut pagi, nasi impit dan banyak lagi lahhh. seronok lah breakfast sini, servis pun laju bangattt :)

dibuka setiap hari dari jam 7 pagi-1.30 tengahari. More info di page FB Kopitiam Kita

tengahari terus bawak kawan pergi salah satu lagi kedai yang femes dengan Teh Tarik Madu Pak Mat terletak di Kedai Buloh, jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan.



sedapp dan aku sangat suka! sebab teh tarik one of may fav.
selain teh tarik, kedai ni pun terkenal dengan Sup Kepala Ikan *iols tak pernah makan sebab tak mampu, haha* but dont worry, nasi campur pun ada :)

Tapi feveret aku kalau sampai sini mesti beli Dim Sum depan kedai Pak Mat,
actually depan kedai ni ada jual pelbagai makanan ringan seperti pisang goreng, aiskrim, dim sum. dim sum ni  RM8 untuk 3 set. 


sedap, cubalah ye! 
more info tentang warung Teh Tarik Madu Pak Mat di SINI
next place entri lain ;)

2 comments:

  1. Ok balik kelantan cuti raya cina ni nak kena terjah la...btw nama je orang kelantan tp tak pernah sampai pun kedai2 tu haha...

    ReplyDelete
  2. Kat kelantan? Wahhh. Teh tarik madu tu nampak sedap! Ramai kawan saya pun pergi cari teh tarik tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)