March 17, 2016

AGM BSMM KAB 2015/2016

by , in
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, Anual General Meeting Bulan Sabit Merah Malaysia Kolej Aminuddin Baki sesi 2015/2016 telah selesai diadakan pada 9 Mac 2016. AGM adalah pembubaran Jawatankuasa bagi sesi akademik 2015/2016 dan sesi perlantikan Jawatankuasa baru bagi sesi akademik 2016/2017. Maka, berakhir sudah satu sesi yang aku pegang sebagai Ketua Komandan dan dibantu oleh 18 orang AJK lain untuk menjaga kebajikan pelajar khususnya warga KAB ^^


pembentangan laporan aktiviti tahunan


Top 5 2015/2016 with kak Sutha
kita gelak lah kan sebab dah habis kerja? hehe ^^

dari atas : Zuhaira, Shiva, Aina, Shira, Arina, Liyana, Fatin, Pinat, Kamil, Hazirah, kak Sutha, Hidayah, Aida, Taqi.
dan tak dilupakan yang takde dalam gambar sebab sibuk: Auni, Zarina, Nisa, Kasturi, Dee dan Iyah

Thank You so much kak Sutha sebab banyak sangat beri tunjuk ajar kepada kami. we love you <3
Thank You semua AJK muah cikedddd :D

Dan memperkenalkan
*
*
*
dari kiri : Aida aka Lejen, Teh, Fizah, Shima, kak Sutha, Kang, Fatin, Ummu, Yus, Kasimi, Hadi, Tony and Amir
Hadi si Komandan baru. Good luck!
Tahniah dan Takziah adik-adik (yang sebaya,mohon abaikan panggilan ini :p) yang baru dilantik sebagai jawatankuasa BSMM KAB bagi sesi 2016/2017. semoga terus sukses! Tingkatkan prestasi yaaa :D
Zue doakan semoga Allah mempermudahkan setiap langkah kalian dalam perjalanan ini. Jangan stress, just enjoy ok  ^,^


Last but not least, Thanks untuk prank and surprise!
lain kali buat lagi okey? saya sukaaaaaaa sangattttt :D

March 16, 2016

Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) 2016

by , in
Assalamualaikum :)

alhamdulillah, berakhir sudah PPC 2016 yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang UKM yang diadakan pada 5-6 Mac. Maka berakhir juga lah latihan setiap malam yang bermula 10 hari sebelum sem baru sehingga start pertandingan, entry perkampungan kat SINI. Rasa kosong jugalah malam sekarang ni sebab dah terbiasa rushing sana sini training dorang. hehe. apepun, terima kasih kepada semua senior yang turun ajar dua team ni -- Liyana, Hidayah, Hazirah, Shiva, Kamil dan Taqi :)

Team SALMONELLA
Team POXVIRUS



Menang atau kalah belakang kira ye guys, yang penting korang punya semangat dalam team.
Korang pun dah usaha dan tunjukkan yang terbaik! Good Job!
dan yang penting juga ialah ada pengurus baik hati *Ehhhhhh* haha tolong jangan kecam sis :p

lets throwback PPC last year sewaktu aku jadi peserta kat SINI dan SINI :D

February 20, 2016

Perkampungan PPC 2016

by , in
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tamat sudah perkampungan bagi Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) Kolej Aminuddin Baki. PPC akan diadakan pada 5-6 Mac ni, semoga usaha pulang awal seminggu ke kolej berhasil untuk semua peserta :)

slot mock case

Aida and Amir

Hadi and Kang Li Xia

Tony and Syahizan *selalu kena bahan :p*

Kasimi and Fatin

slot Quiz Bee

slot kawad

Terima Kasih semua atas kerjasama yang sangat memberangsangkan. maaf atas kekurangan dari pihak senior, huhu. semoga my great team berjaya untuk PPC, wish you all good luck! :D
January 26, 2016

pusing Kelantan #2, Kopitiam Kita dan Teh Tarik Madu Pak Mat

by , in
Assalamualaikum :)
sambungan cerita dari SINI

destinasi seterusnya yang wajib korang terjah bila sampai Kelantan is breakfast di Kopitiam Kita. Terletak di Kota Bharu berhampiran dengan bandar KB dan juga dekat dengan New Pacific Hotel. seawal pagi lagi kami turun dari rumah sebab rumah aku ke sini around 30 minit *jauh betul pergi breakfast :p*

apa yang menarik? of course signature breakfast Kopitiam Kita iaitu ROTI TITAB! Sedap sangat wehhh!


itu rupa Roti Titab,
bila duduk je kat meja, pelayan akan pergi ke meja dan tanya "nok roti titab berapo?"
haaaa its like menu yang wajib makan sebelum makan makanan lain. hehe :D

selain Roti Titab, pelbagai nasi bungkus dan kuih muih yang dijual seperti nasi tumpang, nasi air dingin, nasi lemak, nasi kerabu, roti jala, pulut pagi, nasi impit dan banyak lagi lahhh. seronok lah breakfast sini, servis pun laju bangattt :)

dibuka setiap hari dari jam 7 pagi-1.30 tengahari. More info di page FB Kopitiam Kita

tengahari terus bawak kawan pergi salah satu lagi kedai yang femes dengan Teh Tarik Madu Pak Mat terletak di Kedai Buloh, jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan.



sedapp dan aku sangat suka! sebab teh tarik one of may fav.
selain teh tarik, kedai ni pun terkenal dengan Sup Kepala Ikan *iols tak pernah makan sebab tak mampu, haha* but dont worry, nasi campur pun ada :)

Tapi feveret aku kalau sampai sini mesti beli Dim Sum depan kedai Pak Mat,
actually depan kedai ni ada jual pelbagai makanan ringan seperti pisang goreng, aiskrim, dim sum. dim sum ni  RM8 untuk 3 set. 


sedap, cubalah ye! 
more info tentang warung Teh Tarik Madu Pak Mat di SINI
next place entri lain ;)
January 19, 2016

pusing kelantan #1

by , in
Assalamualaikum w.b.t
selamat bercuti semua mahasiswa/i ipta weheeeee :D


sempena cuti sem ni, aku ajak geng jalan-jalan pusing kelate negeriku,


yang datang tiga orang je, Nad, Jiah dan Mun sebab yang lain ada hal. usyar tiket promo boleh la, KBR-KUL return RM58 je. save duit, save masa, terbanglah bersama airasia hehe :)

bila sampai kelate ni, tak sah la kalau tak jejak kaki ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. so, bawak diorang pusing sini. apa yang menarik di rantau panjang? syok shopping beg kuliah (haha), skirt, blouse dan banyakkk lagi! yang penting, tawarkan harga sebanyaknya okey? >,<



Baba ice cream
dannn wajib cuba ais krim Baba, my favorite! Best sangat! ada pulut, jagung, kacang, coklat, jelly dan harganya murah RM2 je :)

otw balik rumah, jangan lupa singgah Masjid Beijing (nama panggilan sebab seni binaannya ala-ala China). 



next day? will be continued~~