November 14, 2017

Elianto Compact Powder

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Girls and barang make up tak pernah terpisah, even yang tak suka make up pun mesti ada bedak baby johnson nak tempek dekat muka tu. hehe. kalau tak letak pape dekat muka mesti rasa kosong kan? jarang yang naked face bebetul bila keluar rumah kecuali yang sememangnya ditakdirkan kulit flawless. so, harini aira nak share pengalaman aira sendiri menggunakan Mattifying Two Way Cake atau compact powder dari brand Elianto. mesti pernah dengar Elianto kan? Elianto merupakan satu produk kosmetik yang berasal dari Itali. Maksud Elianto itu sendiri ialah 'sunflower' dalam bahasa Itali. Sekarang, produk Elianto telah kukuh bertapak di Malaysia terutama di mall utama.

elianto

Compact powder ni sebenarnya barang pertama yang aira beli dari Elianto. kisahnya, aira sedang berjalan-jalan di KLIA sementara menunggu departure time pastu masuk Elianto dan terbeli compact powder dan beberapa item lain. pandai promoter tu. hihi. but thanks to akak promoter sebab aira memang jatuh cinta dengan compact powder ni! Inilah satu-satunya compact powder yang aira pakai sampai habis dan re-purchase 😁

elianto
kenapa aira suka compact powder ni?
  1. Two Way Cake. Maknanya kita boleh pakai compact powder ni dengan dua cara samada secara wet  (dengan membasahkan span) untuk maximum coverage atau dry untuk medium coverage. Aira lebih suka pakai dry sebab nampak natural je!
  2. bekas yang elegen dan senang di bawa ke mana-mana.
  3. Mampu milik, RM39.90 sahaja
elianto
after 5 months
Lastly, aira memang suka this compact powder. Dan sebenarnya aira dah berjaya mempengaruhi kakak dan kawan untuk terjebak sama memakai ni. haha lol 😝 korang ada produk dari Elianto tak? share la, mana tahu aira teringin nak cuba yang lain pulak. And bagi sesiapa yang pernah menggunakan produk dari Elianto samada make up atau skin care, korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM180 dengan melalukan review di website http://eliantomakeup.com.my/ sehingga 15 November (esok) sahaja! Grab this chance!







November 10, 2017

Beli barang kosmetik original di qliashop!

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Salam jumaat to all readers! Moga sihat sejahtera sentiasa, in shaa Allah. Di hari yang mulia ini aira menyeru supaya kita kaum hawa tidak mudah terpedaya dengan barang kosmetik yang tidak original. kenapa? Mestilah sebab membahayakan kulit muka! Dah berapa ramai wanita di luar sana mengalami kerosakan kulit muka yang teruk akibat daripada fake products. Memang betul, barang fake sangat murah tapi kena ingat kalau dah rosak muka, banyak pulak kos yang perlu dikeluarkan. banyak yang aira baca pengalaman orang lain di facebook, mostly berhabis duit untuk kembalikan kulit muka yang asal, perlu consult dengan doktor pakar dan sebagainya. And of course semua ni mungkin lebih banyak fulus yang keluar berbanding dengan harga kosmetik original. Apa salahnya menyimpan sedikit demi keselamatan dan kepuasan diri sendiri dengan original cosmetics, ye dok? hihi. Macam aira, beli barang yang aira nak atas alasan reward diri walaupun bukan ape sangat, tapi ianya tetap satu kepuasan.

So, salah satu personal shopper yang dipercayai dalam urusan pembelian kosmetik original ialah qliashop! qliashop telah beroperasi sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh sis Nadia Madzlan. Kebanyakan produk yang dijual olehnya adalah dari Aussie, UK dan US. Harga yang dijual juga sangat berpatutan, serius wehh memang sangat berbaloi! And one more perkara yang menarik di qliashop, sis Nadia juga turut menawarkan servis make up muslimah untuk event dan bridal di area Kedah dan Penang, that mean no fake eye lashes as we know fake eye lashes tu haram kan dalam Islam 😊 




And happy to say to uols, qliashop sedang mengadakan giveaway besar-besaran! Giveaway yang teramat mudah syaratnya tapi hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu Huda Beauty Liquid Matte Lipstick, Maybelline Fit Me Foundation and Maybelline Master Setting Spray. Apa yang penting? semuanya original dan barang mahal tuu! hehe. Untuk maklumat lanjut tentang qliashop dan giveaway yang sedang berlangsung, cepat follow:

instagram: @qliashop


November 09, 2017

Padi Box Homestay, Sekinchan

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Good morning guys! Minggu lepas, selepas majlis konvokesyen (cerita konvo dekat SINI), aira pergi bermalam di Padi Box Homestay dengan kawan-kawan sebelum tunggu hari konvokesyen fakulti. Padi Box Homestay terletak di Sekinchan, Kuala Selangor. Padi Box Homestay terletak di kawasan sawah padi berkonsepkan kontena. Perjalanan dari Bangi ke Sekinchan mengambil masa hampir dua jam dan sebenarnya homestay ni tidak jauh dari jalan utama (ingatkan jauh masuk bendang dan jauh dari rumah orang, haha).

padi box homestay
depan Padi Box

kami sampai di Padi Box jam 2.45 petang dan terpaksa menunggu di dalam kereta sebab waktu check in pukul 3.00 petang, memang tak boleh nak check in awal sikit. huhu. First impression waktu sampai dekat sini sebenarnya tak berapa teruja sebab rasa macam tak sama dengan gambar. haha. Maka, kami melayan rasa sedikit kuciwa dengan tidur di dalam bilik πŸ˜†

bilik padi box
bilik untuk 4 orang
source google image
Kami pilih bilik di tingkat atas sebab pemandangan lebih cantik dan menarik. Disebabkan konsep kontena, so kita kena pasrah la dengan keadaan bilik yang kecik. hihi. Walaupun bilik kecil, tandas boleh tahan besar jugak. so bagi aira just nice lah dengan harga dan kelengkapan lain seprti towel dan sebagianya. Harga for 4 pax room RM158/night

padi box homestay
ke bilik tingkat atas

padi box homestay
ruangan santai

Bila keluar dari bilik sebelah petang, kekecewaan terhapus sebab view cantik sangat, sebab suasana petang kot. memang banyak port yang menarik untuk bergambar dengan keadaan awan mendung petang.


padi box homestay
cafe layan diri
Ruangan cafe


Padi Box Homestay juga ada ruangan cafe layan diri di tingkat atas, seriously cafe ni memang lawa dan menyediakan kelengkapan asas, berfungsi 24jam. tetamu boleh duduk berbual sambil melayan je padi yang makin berisi makin tunduk πŸ˜†

Mengikut website padi box, beberapa aktiviti boleh dilakukan ketika bermalam di sana seperti melihat kelip-kelip, eagle feeding dan sky mirror. semua tu boleh berurusan dengan pihak mereka tapi kitorang pergi kelip-kelip sendiri saja sebab taklah jauh sangat dari padi box, around 30-40 minutes (nanti aira cerita di post yang lain okey)

Overall, bagi aira padi box ni just nice bagi mereka yang sukakan kehijauan dan selfie. lol. memang banyak port yang menarik even kontena yang warna-warni pun cantik sangat tau untuk dijadikan background.

That's all, Have a nice day!


November 07, 2017

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

selamat pagi! semoga sentiasa ceria ye. harini aira nak memperkenalkan satu produk skincare berasaskan bahan-bahan semulajadi iaitu TROPIKA Face Cleansing Oil. untuk pengetahuan korang, produk semulajadi adalah sangat baik bagi mengembalikan kulit yang lembut, sihat dan selamat. 

tropika skincare
TROPIKA Face Cleansing Oil

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih ini dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang  berfungsi 3-dalam-1;
(1) menanggalkan make up (2) membersih dan (3) melembapkan kulit. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki tona kulit. 

TROPIKA Face Cleansing Oil dicipta khusus bebas daripada Paraben dan Fragrance.

tropika skincare
details on the bottle

Ingredients:

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi, mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob, membantu mengekalkan kebersihan liang-liang pori dan menghalang kecacatan.

Vitamin E - Bagus untuk mengurangkan garisan halus, kedutan, dan bintik-bintik.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata dan perubahan warna. Secara tradisional, ianya digunakan untuk mencerahkan kulit.


Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.

How to Apply?

1. Sapukan pada kulit kering. Urut secara lembut dalam bentuk bulatan.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas muka dengan air bersih.

Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?

Semua orang boleh menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil samada mereka yang suka ber'make up' mahupun tidak. Sesuai juga bagi mereka yang sangat mementingkan keadaan kulit sihat dan gemarkan produk semulajadi.

p/s: mengikut pembacaan aira, Cleansing Oil sangat penting untuk membuang segala kotoran dekat muka dan menghalang pori-pori daripada tersumbat. At least, gunakan cleansing oil sekali sehari. Maka, setiap orang wajib ada cleansing oil dan boleh cuba TROPIKA Face Cleansing Oil ni! Aira dah cuba, memang senang sangat nak tanggalkan make up! Anda bila lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh ke:

instagram: @tropikaskincarehq


November 05, 2017

Photographer Based on Kelantan and Kedah

by , in
Assalamualaikum. Hai 😊

Happy sunday guys! Semoga sihat walafiat ye semua. Hari ni aira dah masuk kerja balik setelah bercuti selama seminggu sempena majlis konvokesyen. hehe. Aira ada share post konvokesyen di SINI dua hari lepas dan ada maklumkan yang aira ada menggunakan khidmat photographer bagi pre-convo.

Terjebak jugak dengan frasa pre-convo memandangkan zaman serba moden sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ber'pre-convo'. Dan mostly mereka yang pre-convo menggunakan khidmat photographer. sekali lagi aira terjebak untuk mengambil photographer for the best shot! haha. lagi pun, kalau guna photographer ni senang dan sangat mudah, mereka dah ada idea gaya apa yang perlu kita buat. so jangan risau lah kalau korang jenis kayu and bukan photogenic sebab semestinya di dalam gambar anda tak akan nampak kayu sama sekali! Jangan risau, okey?

So kali ni aira akan memperkenalkan photographer yang menjadi pilihan hati untuk photoshoot pre-convo iaitu tasweer.arts.  Aira memang suka tengok koleksi gambar tasweer.arts, sangat kemas, sweet dan cantik! Pemilik tasweer.arts dikenali sebagai Umar. Aira kenal umar sebab dia husband kepada jiran depan rumah, Fatiah (my childhood friend). So, aira roger dua hari sebelum tarikh shooting sebab perasan kereta diorang ada dekat parkir rumah. Alhamdulillah, tarikh yang aira nak masih available. yeayyy!

hajat utama nak shooting untuk diri sendiri dekat kawasan rumah tapi lain pula jadinya sebab tiba-tiba teringat lagi seronok kalau shooting dengan nenek dan anak buah yang tak dapat pergi ke Majlis Konvokesyen kan? lagipun, macam segan nak photoshoot seketul diri ini. haha
pre konvo
me and my grandma

pre konvo
me and my mom

pre konvo
me and my father

pre konvo
family πŸ’›

tasweer.arts bukan sahaja menerima tempahan shooting untuk konvo sahaja tetapi aktif shooting untuk majlis perkahwinan dan lain-lain. setahu aira, tasweer.arts mengambil tempahan shooting di kawasan Kelantan, Kedah dan kadang-kadang di Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan dan hasil gambar-gambar yang lain, boleh  ke instagram : https://www.instagram.com/tasweer.arts/

have a nice day!